Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada lagi cetakan akhbar harian

    VIENNA, 28 APRIL – Salah satu akhbar tertua di dunia yang masih dicetak, Wiener Zeitung dari Austria, akan beroperasi dalam talian, selepas keputusan oleh parlimen negara itu kelmarin.

    Perkembangan itu menandakan langkah terakhir dalam pertikaian selama bertahun-tahun antara kerajaan Austria dan akhbar mengenai masa depan surat khabar harian milik kerajaan itu.

    Ditubuhkan pada 1703 di bawah nama Wiennerisches Diarium, dan kemudiannya dinamakan semula sebagai Wiener Zeitung pada 1780, akhbar dwi mingguan yang dahulunya milik persendirian telah dimiliki oleh kerajaan Maharaja Franz Joseph I dari Austria pada tahun 1857, menjadi warta rasmi negara.

    “Ia dipersetujui majoriti,” kata Norbert Hofer, presiden ketiga parlimen, mengenai undang-undang baharu untuk memindahkan penerbitan itu dalam talian mulai 1 Julai.

    Akhbar itu akan mengekalkan sekurang-kurangnya 10 penerbitan setahun, bergantung kepada dana yang ada.

    Muka depan Wiener Zeitung menunjukkan akhbar itu berusia 320 tahun, di Vienna, Austria. – AFP

    Wiener Zeitung pada 2004 merupakan salah satu akhbar tertua yang masih berada dalam edaran, kata Persatuan Penerbit Berita Dunia kepada AFP.

    Peranan akhbar itu sebagai warta rasmi, yang merupakan sumber pendapatan utama, akan beralih ke platform dalam talian milik kerajaan yang berasingan.

    Kerajaan mengatakan bahawa tindakan ini adalah selaras dengan arahan Eropah untuk mengumpulkan dan menerbitkan maklumat rasmi secara dalam talian.

    Sementara itu, Wiener Zeitung akan menubuhkan hab media, agensi kandungan, dan pusat latihan untuk wartawan.

    “Ada yang bimbang bahawa kerajaan hanya mahu mengekalkan jenama Wiener Zeitung dengan sejarahnya yang berusia 320 tahun, sementara tiada siapa yang tahu bagaimana bentuk penerbitan masa depan akan kelihatan, sama ada ia masih menjadi kewartawanan yang serius,” kata Penolong Editor pengurusannya, Mathias Ziegler kepada AFP.

    Hampir separuh daripada lebih 200 pekerja akhbar itu, 40 daripadanya adalah wartawan, berkemungkinan akan diberhentikan, menurut kesatuan sekerjanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda