Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada lagi ‘dara’ dalam sijil kahwin

    DHAKA, 27 OGOS – Perkataan ‘dara’ perlu dikeluarkan daripada sijil perkahwinan orang Islam di Bangladesh.

    Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi selepas ia dicabar kumpulan yang mendakwa istilah itu sebagai ‘satu penghinaan dan diskriminasi’.

    Di bawah undang-undang perkahwinan di negara itu, pengantin perempuan perlu memilih tiga pilihan yang terdapat dalam sijil tersebut sama ada kumari (dara), janda atau bercerai.

    Timbalan Peguam Negara, Amit Talukder berkata, mahkamah mengarahkan kerajaan menggantikan istilah ‘dara’ dengan ‘belum berkahwin’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda