Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada lagi kenaikan gaji

    DHAKA, 10 NOV – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah menolak sebarang kenaikan gaji tambahan untuk pekerja pakaian yang mengadakan bantahan yang menuntut kenaikan gaji hampir tiga kali ganda, selepas pertempuran ganas dengan polis dan kilang-kilang dirosakkan.

    Panel yang dilantik oleh kerajaan menaikkan gaji pada Selasa sebanyak 56.25 peratus kepada 12,500 taka (AS$113) bagi pekerja kilang pakaian negara Asia Selatan itu, yang menuntut gaji minimum 23,000 taka di semua kilang.

    “Saya ingin berpesan kepada pekerja pakaian: mereka perlu bekerja dengan apa jua gaji yang dinaikkan, mereka harus meneruskan kerja mereka,” kata Hasina dalam mesyuarat parti pemerintahnya, Awami League, lewat kelmarin.

    “Jika mereka keluar ke jalanan untuk membantah atas hasutan seseorang, mereka akan kehilangan pekerjaan dan terpaksa pulang ke kampung mereka,” tambah perdana menteri.

    “Jika kilang-kilang ini ditutup, jika pengeluaran terganggu, eksport terjejas, apakah yang akan terjadi kepada pekerjaan mereka? Mereka perlu memahaminya.”

    Hasina berkata 19 kilang ‘diserang dan dimusnahkan’, perniagaan yang ‘memberi mereka pendapatan dan pekerjaan’. – AFP

    Pekerja pakaian dan aktivis mengadakan bantahan di Dhaka kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda