Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Jejambat menghala ke Jangsak dan Gadong di persimpangan Jalan Gadong/Jalan Telanai telah mula dibukakan kepada pengguna jalan raya pada 29 Mei lalu, sekali gus mengurangkan kesesakan yang kerap berlaku semasa waktu puncak di kawasan berkenaan.
Manakala itu, pembukaan peringkat kedua akan melibatkan pembukaan Pusingan U di persimpangan lampu isyarat sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyiapan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya sebelum ini telah memaklumkan bahawa kerja-kerja mengubahsuai lampu isyarat di pusing keliling Pusat Perindustrian Beribi juga akan dilaksanakan bagi mengadaptasi kesesakan lalu lintas sebaik sahaja lencongan tersebut dibuka sepenuhnya.
Sehubungan itu, JKR menasihatkan semua pengguna jalan raya agar memandu dengan lebih berhati-hati dan berwaspada serta mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan.
Untuk sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam 123/livechat 8333123, Facebook JKR Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.
