Selepas sah bercerai talak satu, penyanyi Hafiz Suip,35, seakan-akan memberi gambaran udah tiada ruang untuk dia dan bekas isteri kembali bersama.
Beliau mendedahkan salah satu punca perceraian mereka adalah kerana tiada persefahaman, selain mengongsikan, dia dan bekas isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah sudah berusaha untuk cuba menyelamatkan rumah tangga mereka namun akur perceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
“Persefahaman itu penting sebenarnya tapi apa yang saya boleh katakan adalah kami sudah tidak ada kesefahaman itu. Kami berdua dah cuba tetapi mungkin ini yang terbaik,” katanya kepada mStar.
Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam acara sesi beramah mesra bersama media yang diadakan di Bienz, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Ditanya berhubung status bapa tunggal yang dipegang kini, penyanyi lagu Bahagiaku Deritaku ini mengakui ia bukan satu perkara mudah untuk dihadapi.
“Namun baginya, dia reda melalui segala ujian yang diterima, dan bukan senang memegang status bapa tunggal . Dengar macam senang tetapi yang menghadapi ini, hanya Tuhan saja yang tahu,” ujarnya.
Kata lagi kepada mStar, buat masa ini dia memberi hak penjagaan kepada bekas isteri kerana menganggap ibu merupakan tempat perlindungan bagi anak-anak.
Sebelum ini, Hafiz memaklumkan dia dan Nureffy sudah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.- Agensi
