KUCHING, 25 Jun – Polis terus melakukan pemantauan rapi walaupun belum ada maklumat tentang kehadiran anggota militan Daesh di Sarawak, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.
Beliau berkata pasukan keselamatan sentiasa berwaspada selain meningkatkan tahap kawalan keselamatan terutama di sempadan dan kawasan tumpuan ramai. Beliau berkata risikan polis setakat ini belum ada maklumat yang mencurigakan tentang kehadiran anggota kumpulan pengganas di negeri ini.
Mazlan juga mengesahkan bahawa setakat ini belum ada maklumat yang menunjukkan ada-nya rakyat Sarawak yang terlibat dengan kumpulan pengganas.
Baru-baru ini Menteri Perta-hanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hisha-muddin Tun Hussein mengarahkan Esscom atau Kawasan Ke-selamatan Khas Pantai Timur Sabah serta agensi keselamatan lain perketatkan kawalan keselamatan susulan serangan militan dipercayai mempunyai kaitan dengan Daesh di Marawi, Filipina sehingga mengorbankan 45 tentera Filipina dan dianggarkan 41 militan terbunuh. – Bernama