Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada niat nak sindir – Janna Nick

    Gara-gara kontroversi Ruhainies, tak fasal-fasal video lama Janna Nick mengusik pelakon itu kembali tular di media sosial.
     
    Tampil menjelaskan mengenai rakaman video tersebut, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata ia hanyalah gurauan semasa dia mengacarakan program Famili Duo 3 yang bersiaran secara langsung tahun lalu.
     
    “Video itu video lama, tiada niat untuk menyindir atau nak tumpahkan ‘tea’, tidak!
     
    “Sebenarnya video tu hanyalah gurauan ikut isu-isu semasa pada ketika itu,” katanya kepada mStar.
     
    Janna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Raikan Raya bersama Warner yang berlangsung di ibu kota pada petang Selasa.
     
    Janna enggan jadikan ujian orang sebagai bahan jenaka. – Agensi
    Menurut Janna, tiada sebab untuknya menyindir Ruhainies kerana hubungan mereka sudah pun pulih ketika itu.
     
    “Saya dengan Ruhainies pada ketika itu sudah berdamai, tiada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa saya nak menyindir perkara-perkara yang tidak baik. Sebenarnya hanyalah gurauan semasa itu,” ujarnya.
     
    Dalam pada itu, Janna berkata dia tidak pernah menjadikan ujian seseorang sebagai bahan jenaka untuk menghiburkan orang ramai.
     
    Sebaliknya, dia juga bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat dalam isu yang sedang hangat diperkatakan.
     
    “Mungkin benda tu terkena pula kan dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik.
     
    “Jangan palitkan saya dengan isu-isu ini sebab saya turut simpati dengan semua pihak, saya anggap ini ujian untuk mereka dan ujian orang ini kita tak nak jadikan bahan jenaka sebab kita takut ujian tu berbaik kepada kita,” ujarnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda