Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada pengakuan pecah masuk rumah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Tiga lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan pecah masuk rumah.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Awangku Muhammad Nazri bin Pengiran Mohd Jasni, 29, Nelson Mancha anak Po, 25, dan Mohammad Nazmenizam bin Abdullah, 21, yang didakwa melakukan beberapa kes pecah masuk rumah di Bukit Beruang dari Disember 2018 hingga Februari 2019.

    Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud memaklumkan mahkamah bahawa ketiga-tiga tertuduh dipercayai turut terlibat dalam kesalahan lain dan memohon penangguhan sementara menunggu polis menjalankan siasatan lanjut.

    Majistret Kamaliah Fadhillah binti Haji Ibrahim menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda