Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada perancangan sambung drama Keluarga Itu

    Pengarah dan penerbit, Erma Fatima memaklumkan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk membuat sambungan atau ‘sekuel’ bagi drama Keluarga Itu.

    Ketika ditemui Oh Bulan!, Erma atau nama sebenar Fatimah Rahmad Ali berkata, adalah sukar untuknya membuat sambungan bagi drama tersebut yang sudah menjadi fenomena sehingga meraih lebih 4 juta tontonan pada episod akhir.

    Menurutnya, buat masa ini tiada perancangan untuk pihaknya menghasilkan sambungan drama tersebut kerana beliau adalah seseorang yang tidak gemar memaksa jalan cerita sesebuah drama.

    Justeru, sebagai seorang pengarah dan penerbit, agak sukar untuk menambah jalan cerita kemudian menyambung drama itu.

    “Sebaliknya, jika jalan cerita yang ditambah tidak menepati konflik asal, kita mungkin merosakkan pula cerita itu.”

    Erma Fatima tidak berniat menyambung siri drama Keluarga Itu yang mendapat sambutan hangat. – mStar

    “Pada saya, sudah banyak klimaks cerita yang dipaparkan dalam drama pertama dan kalau buat yang kedua, apa pula klimaks cerita yang saya nak bawa?”

    Selain itu, ia juga akan menjadi seperti sebuah drama yang dipaksa,” jelasnya, menurut laporan BH Online.

    Erma berkongsi perkara tersebut ketika sesi pusingan akhir pencarian pelakon Drama Sangat TV3 bertempat di Balai Berita, Media Prima, minggu lalu.

    Berkongsi lanjut, kakak kepada pelakon, Datin Seri Umie Aida, menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengejar populariti mahupun ganjaran wang semata-mata, sebaliknya hanya ingin memberikan komitmen terbaik dalam setiap karya yang dihasilkan.

    “Setiap individu yang terlibat dalam penerbitan drama atau filem pastinya mengharapkan pulangan. Namun bagi saya, menyambung sesebuah drama semata-mata untuk mendapatkan kerja atau bayaran bukan sesuatu yang saya akan lakukan,” katanya.

    Sebagai contoh, katanya, jika musim pertama sesebuah drama sudah berjaya dan berkualiti, tetapi musim kedua pula dihasilkan sekadar untuk memenuhi permintaan tanpa menyaingi kekuatan asal, maka ia hanya membuang masa.

    Untuk rekod, drama Keluarga Itu yang bersiaran di TV3 menerima sambutan luar biasa daripada penonton. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda