WASHINGTON, 3 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata beliau tidak membincangkan mengenai latihan nuklear bersama Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol, lapor Sputnik, memetik kenyataan Rumah Putih.
Yoon dalam temu bual dengan akhbar The Chosun Ilbo sebelum ini berkata Seoul sedang berunding dengan Washington untuk bersama-sama merancang dan menjalankan latihan dengan penyertaan pasukan nuklear AS untuk menentang ancaman nuklear Korea Utara.
“Tidak,” kata Biden apabila ditanya sama ada beliau ada membincangkan latihan nuklear bersama Korea Selatan.
Susulan kenyataan Biden itu, pejabat presiden Korea Selatan menjelaskan maksud sebenar yang tersirat mengenai kerjasama nuklear antara kedua-dua negara. – Bernama


