Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza

    BANDAR GAZA, 16 APRIL – Kumpulan Palestin Hamas menegaskan hari ini bahawa ia tidak akan bersetuju dengan pembebasan mana-mana tebusan tanpa pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal ke kediaman mereka di seluruh wilayah itu.

    “Tidak ada konsesi pengunduran sepenuhnya (tentera Israel dari Gaza) dan kepulangan bebas penduduk yang kehilangan tempat tinggal ke kawasan mereka di seluruh Semenanjung Gaza,” kata anggota biro politik Hamas, Izzat Al-Rishq, dalam satu kenyataan, lapor agensi Anadolu.

    “Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk melindungi rakyat dan menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

    Al-Rishq memberi amaran bahawa Israel hanya mahukan ‘perjanjian gencatan senjata sementara’ untuk membebaskan tahanannya dan kemudian menyambung kembali ‘perang dan genosid.’

    Hamas berkata Sabtu lalu ia telah mengemukakan responnya kepada Mesir dan Qatar mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza dengan Israel dan mengulangi permintaannya untuk gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza, kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke wilayah itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...