Tiada hujan tiada ribut, kisah penceraian pelakon cantik Malaysia, Siti Saleha ternyata mengejutkan ramai peminat apatah lagi pelakon itu mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.
Difahamkan, punca Siti Saleha membuat tuntutan cerai kerana tiada lagi persefahaman.
Perkara itu didedahkan peguamnya, Azmi Rais di Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi (2 Disember).
Pagi tadi, Siti Saleha hadir bagi pro-siding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan penceraian namun ditunda pada 17 Januari depan.
Pada tarikh berkenaan JKP akan diadakan sekali lagi dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak. – Agensi
