Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada pesawat untuk ‘diberi’ kepada Trump – Ramaphosa

    WASHINGTON, 22 MEI – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa kelmarin secara berseloroh meminta maaf kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semasa pertemuan mereka di White House, dengan menyatakan beliau tidak mempunyai pesawat untuk dijadikan hadiah.

    “Maaf, saya tiada pesawat untuk diberikan kepada awda,” kata Ramaphosa ketika mesyuarat dua hala dan jamuan tengah hari di Pejabat Oval.

    “Saya harap awda ada. Saya akan terima. Jika negara awda menawarkan pesawat kepada Tentera Udara Amerika Syarikat, saya akan menerimanya,” balas Trump, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).

    Mereka berseloroh selepas Pentagon mengesahkan bahawa hadiah daripada Qatar, sebuah jet mewah Boeing 747 telah diterima untuk digunakan sebagai pesawat Air Force One yang baharu.

    Pesawat yang dilaporkan bernilai AS$400 juta telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan penggubal undang-undang Republikan dan Demokrat mengenai implikasi etika dan undang-undangnya.

    Pengkritik mempersoalkan sama ada hadiah sedemikian boleh menjejaskan pendirian berkecuali diplomatik AS atau mencetuskan kebimbangan dalam urusan antarabangsa.

    Pengumuman Pentagon itu, yang dibuat ketika Trump menjadi hos kepada Ramaphosa, menambahkan lagi kontroversi mengenai isu berkenaan.

    Trump tidak mengulas secara langsung terhadap kritikan itu, namun pemberian itu telah mencetuskan semula perbahasan mengenai ketelusan protokol pertahanan dan diplomatik AS. – Bernama/Anadolu

    Donald Trump semasa bertemu Cyril Ramaphosa di Pejabat Oval Rumah Putih,, Washington kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda