Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye – Wisma Putra

    PUTRAJAYA, 22 JAN – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran dahsyat di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye yang meragut 76 nyawa dan 51 yang lain cedera.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan pihaknya sedang memantau rapi perkembangan susulan kejadian tragik itu melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul.

    “Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Turkiye serta keluarga dan mangsa yang terlibat. Malaysia bersama bersolidariti dan mendoakan agar diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi waktu yang sukar ini,” menurut Wisma Putra.

    Menurut laporan antarabangsa, 52 daripada mangsa yang maut telah dikenal pasti, kata Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, malam kelmarin.

    Kebakaran di hotel berkenaan di Wilayah Bolu telah mengejutkan 238 tetamu yang menginap pada malam sebelumnya.

    Ketika ini, Turkiye sedang dalam tempoh cuti sekolah, dengan pusat peranginan ski popular Kartalkaya menarik ramai pengunjung untuk percutian musim sejuk. – Bernama

    Anggota bomba bekerja di tempat kejadian selepas kebakaran berlaku di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski Kartalkaya, yang terletak di wilayah Bolu, barat laut Turkiye, pada 21 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda