Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada rehat bagi Allegri

    MILAN, 28 April – Jurulatih Juventus Massimiliano Allegri berkata dia tidak akan merehatkan para pemain utama untuk pertembungan Serie A hari ini di Atalanta, beberapa hari sebelum kunjungan separuh akhir Liga Juara-Juara ke Monaco untuk memburu tiga kejayaan bersejarah.

    Juve ke Atalanta dengan pendahuluan lapan mata ke atas Roma yang berada di tangga kedua dan berharap untuk mengorak langkah seterusnya untuk menjulang scudetto buat kali keenam berturut-turut.

    Terdapat jangkaan meluas Allegri yang menentukan rentak Serie A boleh membuat perubahan bagi kekalahan perlawanan akhir dalam persaingan Liga Juara-Juara 2015 kepada Barcelona dengan mara sepanjang perlawanan dan memenangi final di Cardiff pada 3 Jun sehingga memaksa penyusunan semula Piala Itali bersama Lazio yang ditetapkan bagi 2 Jun di Rom.

    Allegri mengakui, dia mahu ‘menamatkan musim ini’ pada 4 Jun tetapi dengan pasukan Ligue 1, Monaco masih dengan kedudukan menarik, dia menegaskan masih belum ada yang dimenangi lagi dan fokus utama adalah untuk memastikan Juve tidak memberikan Roma peluang kebangkitan lewat musim.

    “Ini rahmat berganda!” kata Allegri ketika dia mengurangkan kepentingan harapan tersebut. “Kita akan menumpukan kepada memenangi gelaran, kemudian kedua (Liga Juara-Juara) dan mungkin juga ketiga (Piala Itali).

    KIRI: Tugas getir di Eropah dan Serie A menyebabkan tiada rehat bagi Allegri. – AP
    Tugas getir di Eropah dan Serie A menyebabkan tiada rehat bagi Allegri. – AP

    “Kami semakin hampir dengan gelaran liga, kita belum beraksi dalam Piala Itali dan kami masih mempunyai baki dua perlawanan sebelum sampai ke Cardiff.

    “Tetapi kami belum menang lagi. Ia adalah bulan penting dan kami tidak dapat untuk memberikan Roma sebarang peluang untuk memikirkan kami akan terjejas.”

    Pasukan Allegri menewaskan Atalanta di gelanggang sendiri dan di luar sejak tiga musim lalu, termasuk kemenangan 3-1 di Turin lebih awal dalam kempen tersebut tetapi, sekurang-kurangnya harus ditakuti di Bergamo, di mana penyokong tempatan ‘Nerazzuri’ memiliki status legenda dalam kalangan peminat Serie A.

    Hitam membara dan biru Atalanta mendorong pasukan Gian Piero Gasperini menang di gelanggang sendiri membenam Napoli, Inter Milan dan Roma musim ini.

    Mereka masa ini berada di tangga kelima dengan mendahului AC Milan lima mata ketika memburu tempat penting dalam persaingan Liga Europa musim depan.

    Allegri menyatakan: “Atalanta melakukan yang terbaik, tabik hormat kepada Gasperini dan kelab bagi apa yang mereka telah capai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda