Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tiada sekatan dikenakan terhadap Barca’

    BARCELONA, 17 FEB – Presiden La Liga, Javier Tebas berkata kelmarin tiada sekatan boleh dikenakan terhadap Barcelona selepas didakwa membuat beberapa pembayaran kepada syarikat milik bekas ketua pengadil.

    Sebuah syarikat milik Jose Maria Enriquez Negreira, bekas naib presiden jawatankuasa teknikal pengadil, menerima bayaran berjumlah AS$1.5 juta daripada Barcelona kerana memberi nasihat secara lisan mengenai topik berkaitan pengadil kepada kelab tersebut.

    Tebas berkata walaupun telah melanggar peraturan, Barcelona tidak boleh dihukum dalam acara sukan, walaupun mereka mungkin masih menghadapi pendakwaan dari segi undang-undang.

    “Kami mesti menjelaskan dari awal dan menelitinya, Barca tidak mungkin akan dikenakan sekatan disiplin sukan kerana ia terjadi lima tahun lalu,” kata Tebas dalam video yang disiarkan oleh La Liga kelmarin.

    Beliau berkata sekatan hanya boleh dikenakan dalam tempoh tiga tahun selepas kejadian itu berlaku.

    Pejabat pendakwa raya mengesahkan kepada AFP ia sedang menjalankan siasatan dalam perkara itu, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

    Kelab La Liga itu berkata mereka sebelum ini mempunyai kontrak dengan ‘penyelia luar’ untuk laporan teknikal yang menasihati kelab mengenai hal-hal pengadilan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda