Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada sekatan terhadap minyak sawit

    KUALA LUMPUR, 30 Jan – Perancis menyokong pendekatan tiada sekatan dan tiada diskriminasi terhadap minyak sawit di peringkat nasional dan di peringkat Kesatuan Eropah (EU), kata seorang menteri Perancis hari ini.

    Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly memberitahu demikian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya pagi tadi.

    “Beliau (Najib) membangkitkan soal minyak sawit dan saya memberitahu beliau bahawa kerajaan Perancis memahami sepenuhnya kepentingan minyak sawit bagi ekonomi Malaysia terutama bagi pembangunan luar bandar.

    “Beliau memberitahu Najib bahawa Malaysia boleh mengharapkan sokongan Perancis dalam isu ini dan menyifatkan pertemuan dengan Perdana Menteri sebagai amat berhasil dalam dalam konteks membincangkan semua isu.

    Parly berkata demikian semasa sidang media bersama rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Bersama Pertahanan Strategik Malaysia-Perancis (DJHSC) Ke-4 di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

    Parly berkata Perancis ingin bekerjasama dengan negara-negara pengeluar bagi menggalakkan kemampanan dalam sektor ini demi memanfaatkan semua pihak dan dalam semangat dialog dan kerjasama penuh.

    Resolusi oleh Parlimen EU pada 17 Januari melalui Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui, menghendaki hanya minyak sawit yang dihasilkan melalui kaedah kemampanan boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda