Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada tanda Putin semakin lemah

    BERLIN, 23 MEI – Tiada tanda yang menunjukkan Presiden Rusia Vladimir Putin semakin lemah, selepas lebih setahun pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik perkhidmatan rahsia Jerman.

    Tiada kerapuhan dalam sistem Putin, kata ketua perkhidmatan perisikan asing Jerman BND, Bruno Kahl, di Akademi Persekutuan untuk Dasar Keselamatan (BAKS) di Berlin, hari ini.

    Rusia masih dalam kedudukan untuk ‘melancarkan perang dalam jangka masa panjang’ menerusi askar baharu yang direkrut, kata Kahl. Perkembangan itu juga terpakai untuk persenjataan dan peluru. – Bernama

    Presiden Vladimir Putin semasa menyampaikan ucapan pada majlis anugerah di Kremlin di Moscow kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda