Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada tekanan buat Kim Swee

    KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Ketua Jurulatih Sabah FC yang baru dilantik Datuk Ong Kim Swee, tidak menerima tekanan daripada pihak pengurusan pasukan menjelang tugas pertamanya pada saingan Piala Malaysia 2021 bermula Ahad ini.

    Kim Swee, 50, yang pernah menjuarai Piala FA 1995 dan Liga Perdana 1996 ketika menyarung jersi skuad Sang Badak, berkata tiada penanda aras diletakkan Sabah FC bagi kejohanan berprestij itu yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini.

    Bagaimanapun, jurulatih yang telah melakar beberapa kejayaan bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa itu tetap menaruh harapan dan ingin melihat Sabah FC memberikan persembahan positif sepanjang kempen kejohanan.

    “Jika kita mampu keluar dari peringkat kumpulan, itu merupakan satu bonus dan sudah tentu selepas itu kita perlu memikirkan perancangan bukan sahaja selepas peringkat kumpulan, bahkan mengenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk musim 2022,” katanya ketika dihubungi Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda