Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiafoe jumpa Fritz separuh akhir Terbuka AS

    NEW YORK, 4 SEPT – Frances Tiafoe dan Taylor Fritz berjaya mara ke perlawanan separuh akhir Terbuka AS yang akan menyaksikan pertembungan semua pemain Amerika di separuh akhir Terbuka AS pada Selasa.

    Manakala rakan senegara mereka, Emma Navarro juga mara ke separuh akhir wanita, meningkatkan harapan Amerika untuk menyapu bersih gelaran.

    Tiafoe, pilihan ke-20, mara selepas pemain ranking kesembilan Grigor Dimitrov mengalami kecederaan pada set ketiga pertemuan suku akhir mereka dan menarik diri pada set keempat ketika kedudukan 6-3, 6-7 (5/7), 6-3, 4-1.

    Tiafoe turut layak ke separuh akhir pada tahun 2022 manakala Fritz layak ke separuh akhir Grand Slam kali pertama selepas menundukkan naib juara 2020 dan pemain ranking keempat Alexander Zverev 7-6 (7/2), 3-6, 6-4, 7-6 (7/3).

    Emma Navarro, yang bermain di hadapan penyokong di New York, berjaya melangkah ke separuh akhir Grand Slam pertamanya selepas menewaskan Paula Badosa dari Sepanyol dengan keputusan 6-2, 7-5. Navarro bangkit dari ketinggalan 5-1 dalam set kedua untuk memastikan kemenangan tersebut.

    Navarro kini akan berdepan dengan pemain nombor dua dunia dan juara bertahan Terbuka Australia, Aryna Sabalenka, yang tidak menghadapi sebarang masalah untuk menewaskan pemenang pingat emas Olimpik, Zheng Qinwen, dengan keputusan 6-1, 6-2.

    Sementara itu, dengan pertembungan antara Frances Tiafoe dan Taylor Fritz yang dijadualkan pada Jumaat, Amerika Syarikat dijamin mempunyai finalis lelaki tempatan buat kali pertama sejak 2006 apabila Andy Roddick tewas kepada Roger Federer.

    Roddick masih kekal sebagai lelaki Amerika terakhir yang memenangi gelaran Grand Slam apabila beliau menjuarai Terbuka AS pada 2003. – AFP

    Aksi Tiafoe semasa membalas pukulan menentang Grigor Dimitrov dari Bulgaria di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda