Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiafoe mara ke pusingan akhir ATP Vienna

    VIENNA, 31 OKT – Pemain kelayakan dari Amerika Syarikat, Frances Tiafoe bertarung dari satu set dan ketinggalan 3-0 untuk mengejutkan Jannik Sinner dan mara ke pusingan akhir ATP Vienna kelmarin, memuji kemenangannya untuk bergurau kepada penonton Austria.

    Tiafoe, pemain nombor 49 dunia, meraih kemenangan yang sukar 3-6, 7-5, 6-2 untuk mara ke pusingan akhir pertama musim ini di mana dia akan menentang pilihan kedua dari Jerman, Alexander Zverev yang menewaskan pemain remaja Sepanyol, Carlos Alcaraz 6-3, 6-3.

    “Ia adalah minggu yang panjang bagi saya,” kata Tiafoe selepas ikut serta 11 daripada 13 perlawanan terakhir menentang pemain Itali, Sinner, juara di Antwerp hujung minggu lalu dan memburu tempat di pusingan akhir ATP.

    “Saya cuba menikmatinya dan melibatkan para penonton serta dapat melihat sama ada dia akan berasa gementar.

    “Saya tahu bagaimana untuk menarik peminat di belakang saya, beberapa jenaka dan kemudian saya mula bermain dengan betul-betul. Penonton memberikan perbezaan tersebut. Saya rasa kerana mereka saya mula berusaha lebih keras,” katanya. – AFP

    Aksi pemain AS, France Tiafoe mengembalikan bola kepada pemain Itali, Jannik Sinner ketika perlawanan separuh akhir perseorangan di Kejohanan tenis Terbuka Erste Bank di Vienna, Austria kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda