Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tiafoe mara suku akhir Terbuka Jepun

    TOKYO, 6 OKT – Frances Tiafoe berjaya mengatasi cabaran set kedua hari ini untuk mara ke suku akhir Terbuka Jepun, berkata dia tidak risau dengan jangkaan yang meningkat disebabkan ‘saya hanya mahu menang untuk diri saya.’

    Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 24 tahun itu, yang telah menjadi tumpuan sejak menewaskan Rafael Nadal selepas memenangi separuh akhir Grand Slam pertama di Terbuka AS bulan lalu, mengalahkan pemain Sepanyol, Bernabe Zapata Miralles 6-1, 7-6 (9/7) dalam pusingan kedua di Tokyo.

    Pemain AS itu menang dengan mudah set pertama sebelum Miralles bangkit untuk memenangi set kedua yang menyaksikan beberapa rali terbaik dalam pertemuan selama satu jam 32 minit itu.

    “Perlawanan yang bagus hari ini, set kedua yang sukar,” kata Tiafoe, yang telah mematahkan 13 pematah seri terakhirnya. “Ada kalanya keadaan baik berpihak kepada awda. Saya bermain dengan amat agresif. Saya melakukan servis dengan baik.”

    Dia akan berdepan Miomir Kec-manovic dalam lapan pusingan terakhir, selepas pemain Serbia itu menewaskan Dan Evans dari Britain 6-3, 3-6, 7-6 (7/4). Selepas menewaskan Nadal di Flushing Meadows, Tiafoe telah memainkan peranan penting di Piala Laver di London di mana pasukannya menewaskan Eropah buat pertama kali dalam sejarah pertandingan. Namun pemain pilihan keempat itu, kini menduduki nombor 19 dunia, berkata dia berasa selesa dengan segala tumpuan yang diterimanya. – AFP

    Frances Tiafoe semasa mengembalikan bola kepada Bernabe Zapata Miralles pada kejohanan tenis Terbuka Jepun di Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...