Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiang elektrik hempap kereta, 3 maut

    PORTLAND, OREGON, 18 JAN – Talian elektrik tumbang menghempap sebuah kereta yang diletakkan di timur laut Portland, Oregon, semalam, membunuh tiga orang dan mencederakan seorang anak damit semasa ribut ais yang menjadikan jalan raya dan lebuh raya gunung berbahaya di Barat Laut Pasifik.

    Sejurus sebelum tengah hari, jabatan bomba mula menerima panggilan panik mengenai talian elektrik yang tumbang dan orang ramai kelihatan terkena renjatan elektrik, menurut satu kenyataan daripada jabatan bomba bandar itu.

    Sebatang dahan telah jatuh pada talian elektrik, menyebabkannya menghempap ke atas sebuah SUV, kata kenyataan itu.

    Ketika keadaan huru-hara berlaku, seorang penduduk menyambar anak damit itu daripada salah seorang mangsa yang terbaring di jalan dalam usaha untuk menyelamatkan nyawanya, menurut kenyataan itu.

    Tiga yang terbunuh dua dewasa dan seorang remaja ditemui mati semasa bomba tiba dan anak damit itu dibawa ke hospital.

    Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik selepas mereka keluar dari kenderaan itu, kata kenyataan itu.

    Syarikat tenaga itu kemudiannya mematikan bekalan elektrik talian itu, tambah kenyataan itu tanpa menyatakan syarikat mana.

    Sebilangan besar wilayah itu menerima amaran semalam untuk menghadapi ais setebal 1 inci, berpotensi mencetuskan kerosakan yang disebabkan oleh ribut kuat yang melanda pada hujung minggu.

    Hujan beku mungkin melanda ke wilayah itu pada petang Khamis hingga pagi Jumaat, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. Kawasan yang paling mungkin terjejas termasuk kawasan metro Portland timur dan barat Columbia River Gorge. – AP

    Dalam video serahan KGW, pihak berkuasa bekerja di lokasi selepas tiang elektrik menghempap sebuah kereta di Portland, Oregon pada 17 Januari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...