Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tianzhou-4 dan Long March-7 Y5 bersedia ke angkasa lepas

    BEIJING, 9 MEI – Kapal kargo Tianzhou-4 dan roket pembawanya, Long March-7 Y5 telah dipindahkan ke pusat pelancaran kapal angkasa Wenchang di Provinsi Hainan, pada Sabtu.

    Pereka bentuk keseluruhan Long March-7, Shen Dan memaklumkan bahawa roket itu mempunyai ciri-ciri tanpa toksin, bebas pencemaran dan mesra alam.

    “Long March-7 adalah roket pembawa bersaiz sederhana yang dikaji dan dibangunkan khusus untuk kapal pengangkutan kargo.

    “Keseluruhan roket menggunakan oksigen cecair dan minyak tanah untuk ke udara, sekali gus menjadikan ia roket yang mesra alam,” katanya.

    Beliau berkata pelancaran sulung tugas keenam penerbangan bermanusia ke angkasa lepas pada tahun ini, Tianzhou-4 merupakan barisan hadapan kapal pengangkutan kargo.

    Jelas Shen, ini adalah kerjasama antara Long March-7 dan Tianzhou kali keempat, keadaan teknikal keseluruhan roket kini menunjukkan kestabilan, dan analisis kebergantungan penerbangan turut mencapai taraf canggih antarabangsa.

    Tambahnya, pegawai yang terlibat dalam sistem roket telah memperbaiki prosedur, supaya pemeriksaan dan pelancaran roket diselesaikan dalam tempoh sebulan. – Bernama

    Gambar yang diambil pada 7 Mei menunjukkan kapal kargo Tianzhou-4 dan Long March-7 Y5. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...