Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tiap-tiap tahun masalah parkir

    Setiap kali tiba musim perayaan, masalah parkir seolah-olah menjadi isu yang berulang tanpa penyelesaian.

    Kawasan tumpuan ramai di ibu negara menjadi sesak dan lalu lintas ‘jem’ sehingga menyukarkan pergerakan dan menimbulkan kekeliruan.

    Apa yang lebih membimbangkan, ada segelintir pemandu yang bertindak meletakkan kenderaan sesuka hati, termasuk di bahu jalan, laluan tidak sepatutnya dan di kawasan kediaman orang lain.

    Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain yang ingin balik ke rumah dan ke tempat yang dituju, tetapi juga boleh mengundang kemalangan atau melambatkan pergerakan kenderaan kecemasan.

    Sikap pentingkan diri ini perlu diubah. Pihak berkuasa tempatan dan penganjur majlis juga disarankan agar menyediakan sistem parkir yang lebih tersusun, contohnya dengan membuka kawasan parkir tambahan atau menyediakan pengangkutan ulang-alik (shuttle) dan beca dari lokasi parkir ke tempat acara.

    Semoga dengan kerjasama semua pihak, masalah ini dapat ditangani demi keselesaan dan keselamatan bersama ketika menyambut perayaan.

    Seeri H.

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...