Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiara Andini cuba genre K-Pop sebagai kelainan

    Penyanyi Indonesia iaitu Tiara Andini meluahkan rasa teruja pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia bagi merakamkan single terbaharunya hasil gubahan komposer dari Korea Selatan, Hyuk Shin.

    Tiara atau Tiara Anugrah Eka Setyo Andini, 22, berkata, ini juga pertama kali dia merakamkan lagu bergenre rancak memandangkan sebelum ini lebih tertumpu kepada genre balada.

    “Lagu ini ada unsur K-Pop tapi menggunakan bahasa Inggeris dan ada bahagian rap. Ia sangat berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini.

    “Insya-Allah saya akan lancarkan tahun ini dan berharap lagu ini diterima baik peminat di Indonesia dan Malaysia. “Saya juga berharap lagu ini dapat menarik minat pendengar antarabangsa khususnya di Korea Selatan,” katanya kepada mStar.

    Tiara ditemui pada majlis Media Gathering Tiara Andini di pejabat Universal Music Malaysia baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Tiara berkata, impiannya untuk bekerjasama dengan Hyuk Shin akhirnya terlaksana memandangkan dia sendiri peminat lagu K-Pop.

    Meskipun tidak pernah menjejakkan kaki ke Korea Selatan, Tiara berharap dia akan berkesemapatan ke sana suatu hari nanti. – Agensi

    Tiara Andini bakal bertemu peminat di Malaysia pada bulan Jun nanti. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda