PULAU BRUIT – Kipli Mahji dari Kampung Betanak di sini pernah terfikir adakah tindakannya berhijrah ke dalam bidang pembuatan bot fiber adalah betul, lebih-lebih lagi setelah sekian lama mencari rezeki sebagai nelayan. Ini kerana Kipli, 56, yang lebih dikenali sebagai Haji Kip, bagaikan ‘menganggur’ selama hampir dua tahun kerana tiada langsung tempahan diterima setelah mengikuti kursus pembuatan