Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiba-tiba Emma Maembong dedah dah tamat idah!

    Kuala Lumpur – Pelakon jelita Malaysia, Emma Maembong mendedahkan dia dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.

    Gambar agensi

    Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata, dia juga sudah tamat melalui tempoh idah dan enggan berkongsi bila mereka bercerai kerana baginya ia bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.

    “Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman,” tambahnya selain untuk tidak mahu mengeruhkan keadaan.

    Emma berkata, disebabkan itu juga dia masih memuat naik foto bersama bekas suami di media sosial hingga ramai pihak mula berteka-teki sama ada dia dan bekas suaminya masih bersama atau tidak.

    “Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.

    “Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini,” menurutnya dalam petikan hmetro.

    Menurut Emma, dia bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku.

    “Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami” katanya.

    Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda