Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak ada kes baharu COVID-19

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Tidak ada kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes di Negara Brunei Darussalam kekal seramai 150 orang.

    Menurut siaran akhbar Kementerian Kesihatan mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, terdapat dua kes aktif masih dirawat dengan jumlah kes yang sembuh kekal 145 orang serta tiga kematian. Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei iaitu 205 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah sembilan kes.

    Jumlah mereka yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori ialah seramai 580 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 8,400 orang. Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 237 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 76,486 ujian.

    Bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, BruHealth.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda