Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak ada kes baharu jangkitan COVID-19

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Setakat jam 12 tengah hari, tidak ada kes baharu telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 186 orang.

    Kementerian Kesihatan dalam siaran akhbarnya hari ini menyatakan dua kes aktif sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dengan kes terakhir jangkitan tempatan pada 6 Mei 2020 (298 hari lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan dilaporkan ialah sebanyak 45 kes.

    Selain itu, turut dikongsikan juga ialah ringkasan pengasingan diri iaitu sejumlah 676 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala 13,760 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 566 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 102,232 ujian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda