Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak boleh ke sekolah jika tidak divaksin

    SAN FRANCISCO, 30 SEPT – Ribuan pelajar sekolah awam di Washington, Amerika Syarikat (AS) tidak dibenarkan ke sekolah jika tidak mengambil suntikan vaksin, lapor agensi berita Xinhua.

    Larangan itu termaktub di bawah undang-undang baharu yang dikuatkuasakan dua bulan lalu, memetik laporan The Seattle Times kelmarin.

    Menjelang beberapa minggu lagi sebelum sesi persekolahan dibuka, pihak sekolah di Washington sedang mengemas kini kertas kerja dan menghantar peringatan akhir kepada keluarga ibu bapa dan penjaga.

    Pelajar sekolah awam di Seattle, jika tidak mendapat gabungan vaksin campak-beguk-rubela menjelang pertengahan Oktober, pegawai sekolah akan menghantar surat ‘pra-pengecualian’ dan memberi keluarga tempoh selama 30 hari untuk mendapatkan vaksin. Pelajar hanya akan dikecualikan dengan alasan faktor agama atau perubatan.

    Alasan peribadi atau falsafah untuk tidak memberikan anak-anak mereka suntikan vaksin adalah tidak diterima.

    Tahun ini, Jabatan Kesihatan Washington mencatatkan 86 kes campak, jumlah tertinggi dicatatkan di negeri ini sejak 1990. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda