Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak mahu digandingkan bersama

    Tidak mahu kisah perhubungannya dengan pelakon Mimi Lana terus diperkatakan, pelakon Syafiq Kyle mengambil pendekatan enggan digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam drama mahu pun filem.

    Syafiq, 27, berkata, cukuplah sekali mereka pernah berpasangan dalam sebuah drama dan selepas ini biarlah diberikan watak yang berbeza. Menurutnya, bukan kerana tidak suka atau hubungan mereka bermasalah, tetapi masing-masing lebih selesa untuk fokus dalam karier seni.

    “Kami sudah bercinta dan mengapa perlu bercinta lagi dalam lakonan. Saya tahu mungkin ada peminat yang mahu kami digandingkan lagi tetapi rasanya sudah tidak perlu lagi. Bukan kerana bergaduh tetapi saya mahu membuktikan kepada peminat bahawa kami boleh memberikan watak yang lebih lagi daripada itu. Kami juga mahu peminat lebih melihat lakonan berbanding kisah peribadi,” katanya.

    Pasangan yang sudah menjalin cinta selama empat tahun itu digandingkan sebagai adik-beradik kembar dalam filem Pusaka yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 31 Oktober ini.

    Berkongsi mengenai status terkini hubungannya dengan Mimi, Syafiq berkata, ia masih berjalan seperti biasa dan belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya. “Kami berdua masih muda dan banyak lagi perkara yang ingin dikecapi dalam karier masing-masing. Mimi juga memahami keadaan ini dan mahu kami sama-sama berjaya dalam karier seni,” katanya. – Agensi

    Syafiq berkata, cukuplah sekali mereka pernah berpasangan dalam sebuah drama dan selepas ini biarlah diberikan watak yang berbeza. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda