“Kalau pasal Farid, saya tak mahu cakap,” demikian maklum balas isteri Datuk Farid Kamil Zahari, Datin Diana Danielle, apabila wakil media meminta untuk mewawancara pelakon itu mengenai suaminya yang dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan disebabkan kesalahan dadah.
Diana yang ditemani dua anaknya terus berlalu menghindari beberapa wakil media yang menunggunya di tepi pentas sewaktu acara promosi drama terbaharunya, Ombak Rindu The Series, baru-baru ini.
Selain Diana, drama empat episod arahan Osman Ali yang disiarkan menerusi iflix, bermula hari ini, turut membariskan Remy Ishak, Izara Aishah, Hanna Aqeela, Uqasha Senrose dan Adam Corrie Lee.
Beberapa minggu lalu, Farid kembali menjalani hukuman penjara seperti yang ditetapkan atas kesalahan penyalahgunaan dadah selepas rayuannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pada Mei lalu, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 38, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu. – Agensi
