SYDNEY, 30 Jan – Kapten pasukan Piala Davis Australia, Lleyton Hewitt menyelar bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique berhubung format baharu kejohanan yang mengundang kontroversi, dengan mengatakannya sebagai ‘tidak masuk akal’ dan akan menjejaskan sukan itu.
Di bawah perancangan yang dicadangkan oleh kumpulan pelaburan Pique, Kosmos dan digunapakai oleh Federasi Tenis Antarabangsa, kejohanan itu akan menghimpunkan 18 buah negara selama seminggu pada akhir musim tenis bagi pertandingan akhir.
kejohanan Piala Davis yang sudah mencecah usia 119 tahun kini disertai sekitar 16 buah negara World Group, yang dipertandingkan pada empat hujung minggu dalam setahun. Manakala, negara selebihnya dibahagikan dalam tiga zon wilayah.
“Saya bukanlah penyokong memandangkan ia adalah kemungkinan perubahan yang pertama,” kata Hewitt menjelang kejohanan kelayakan Piala Davis Australia dan Herzegovina di Adelaide bermula Jumaat, menurut laporan akhbar The Advertiser di Adelaide, semalam.
“Saya rasa ia akan menjejaskan Piala Davis, dari segi struktur dan format untuk berada dalam final, saya tidak bersetuju sama sekali mengenainya.
“Menurut saya, berada dalam final dalam satu tempat adalah tidak masuk akal. Saya secara peribadi tidak fikir semua pemain utama akan beraksi.
“Sekarang kami dikendalikan oleh seorang pemain bola sepak Sepanyol…ia sama seperti saya seolah-olah keluar untuk meminta banyak perubahan bagi Liga Juara-Juara – ia begitu tidak masuk akal.”
Hewitt sebelumnya menyelar kejohanan baharu itu sebagai ‘‘pemerasan duit’ yang akan menjejaskan acara bersejarah, dengan beberapa legenda tenis Australia yang lain termasuk Rod Laver dan John Newcombe turut menentang perubahan itu.
Para pemain utama merasakan perlawanan utama yang diadakan lewat November digabungkan dengan kejohanan pada Januari sebelum Terbuka Australia memberi makna bahawa terlalu banyak pertandingan tenis dan terlalu sedikit untuk masa untuk berehat.- AFP
