Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, baru-baru ini, atas pertuduhan menyalahgunakan kunci kereta dan memandunya secara cuai.
Abdul Raziman bin Abdul Rahman, 20, didakwa melakukan kesalahan itu apabila menyalahgunakan kunci kereta, dengan mencuri kereta itu dari letak kereta Kompleks Yayasan dan memandunya secara cuai di Lebuh Raya Tutong-Muara menuju Berakas pada 16 Ogos 2017.
Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 4 September untuk sebutan seterusnya.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris.