Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak perlu tandatangan terima barangan pos

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Dalam mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) di seluruh negara, barangan pos yang diterima oleh para pelanggan tidak memerlukan sebarang tandatangan buat masa ini dan penerima hanya perlu menyatakan nombor kad pengenalan bagi mengehadkan kontak antara posmen, wakil pos dan pelanggan.

    JPP memaklumkan perkara ini dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini di mana jabatan turut memaklumkan bahawa mulai 21 Mac lalu, waktu perkhidmatannya akan bermula jam 8 pagi hingga 2 petang pada hari Isnin hingga hari Khamis dan hari Sabtu. Manakala semua cawangan pejabat pos ditutup pada setiap hari Jumaat.

    Waktu perkhidmatan berkenaan akan diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Untuk membaharui lesen kenderaan atau lesen memandu serta membuat bayaran menggunakan kad kredit dan kad debit, orang ramai disyorkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian (online) dengan melayari laman sesawang e-Darussalam atau dengan menggunakan aplikasi TransportBN.

    JPP mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas sokongan dan kesabaran pada masa ini.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian 2380481 atau 8711002 (WhatsApp) atau e-mel cscpost@post.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda