SYDNEY, 26 FEB – Sepasang suami isteri warga Australia mengkritik Qatar Airways selepas mayat yang dibaluti selimut ditempatkan di sebelah mereka sepanjang penerbangan jarak jauh.
Mitchell Ring berkata seorang penumpang telah meninggal dunia ketika dalam penerbangan 14 jam dari Melbourne ke Doha minggu lepas.
“Mereka cuba mengubah mayat ke kelas perniagaan, tetapi memandangkannya seorang wanita dengan tubuh agak besar, mereka tidak dapat membawanya melepasi lorong,” katanya kepada media Australia Nine News minggu ini.
“Mereka kelihatan agak kecewa, kemudian mereka hanya memandang saya dan melihat tempat duduk tersedia di sebelah saya.”
Ring berkata dia terpaksa menunggu di sebelah mayat walaupun selepas pesawat mendarat.
“Pegawai ambulans dan polis masuk dan pegawai ambulans mula menarik selimut dari wanita itu,” katanya.
“Ia tidak selesa.”
Ring dan isterinya, Jennifer Colin terpaksa duduk di sebelah mayat tersebut semasa dalam perjalanan ke Venice.
“Saya bukanlah seorang penumpang selalu bernasib baik,” kata Colin.
“Perlu ada protokol yang menjaga penumpang dalam penerbangan.”
Ring berkata dia terpaksa duduk sebelah mayat terebut selama kira-kira empat jam walaupun tempat duduk lain kosong.
“Mereka berkata, ‘Bolehkah awda berpindah’ dan saya hanya berkata, ‘Ya tiada masalah’.
“Kemudian mereka meletakkan wanita itu di kerusi yang saya duduki.
“Terdapat beberapa tempat duduk ganti di sekeliling yang saya kosongkan tadi.”
Dalam satu kenyataan kepada media Australia, Qatar Airways memohon maaf, “atas sebarang kesulitan atau kesusahan yang mungkin disebabkan oleh insiden ini”.
“Pertama sekali, simpati kami adalah dengan keluarga penumpang yang malangnya meninggal dunia dalam penerbangan kami.” – AFP
