Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak sengaja

    (Siri 11)

    Oleh Dino MN –

    Projek untuk membina sepuluh unit rumah teres yang disetujui antara syarikat Pak Haji dengan yang ampunya tanah akan dikerjakan tidak berapa lama lagi. Keseluruhan plan projek dibantu oleh seorang arkitek syarikat Al-Hana yang berkebolehan dan mempunyai kepakaran dalam reka-bentuk bangunan.

    Tuan punya tanah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Dengan syarat 6:4 iaitu 6 unit kepunyaan syarikat Pak Haji sebagai developer, sementara empat unit dimiliki oleh tuan punya tanah.

    “Bapa sudah pun mengeluarkan iklan untuk menjual enam unit rumah teres tersebut,” kata Pak Haji kepada Norhana. Mereka berdua meneliti tapak projek yang sedang digusur mengikut bentuk tanah agar sesuai dengan cita rasa pembeli.

    “Cukup cantik pemandangan dan lokasinya ya pa,” kata Norhana sambil menunjukkan ke lembah yang rendah.

    “Andaikan projek ini selesai mengikut jadual nanti, Ana yakin bapa akan dipandang sebagai pengurus syarikat yang berjaya,” sambung Norhana semasa balik dari tapak projek yang akan diusahakan oleh syarikat Pak Haji.

    Pak Haji dan bu Hajah Maidah terserempak dengan Bin Esmit di supermarket. – Agensi
    Pihak polis bekerjasama dengan pengurus supermarket untuk menyelidiki CCTV di kawasan tersebut. – Agensi

    Hamidon yang sudah dilantik sebagai Pengarah Urusan Syarikat Pak Haji terus dibantu oleh CEO Syarikat Al-Hana, Farok Al Maliki berbangsa Arab dari Dubai untuk menguruskan perniagaan dan pelaburan syarikat Pak Haji. Dalam sebulan sekali Hamidon ke Dubai melihat perkembangan projek syarikat milik bapanya.

    Telefon bimbit Hamidon berbunyi. Dia segera mengeluarkannya. Pada paparan skrinnya yang membuat panggilan adalah Norhana.

    “Hallo Ana…ada apa menalipon aku ni…”

    “Abang Midon di mana masa ini?,” tanya Norhana pada Hamidon.

    “…tadi Ana singgah di rumah bang Midon…kata isteri abang dia tidak tahu ke mana abang pergi,” sambungnya lagi.

    “Abang di tapak projek baru yang akan dibina di Kampung Petai,” jelas Hamidon kepada Norhana. Kampung Petai bersempadan dengan Kampung Belimbing Masam. Tanah rata dan rendah. Hamidon terpaksa menimbuk setinggi tiga kaki untuk mengelakkan risiko banjir.

    “Begini bang Midon…peguam Ana akan datang dalam minggu depan untuk menangani kes yang melibatkan keluarga abang…” Ana berhenti bercakap seketika sebab ada kereta yang lalu di depan rumahnya.

    “…tiga hari yang lalu Ana bersama peguam syarikat Ana yang di Singapura Yang Arif Tuan Halim Yusuf ke Pejabat Biro untuk mengambil data fail yang dilaporkan kepada Jabatan Biro…”. Yang Arif Tuan Halim Yusuf merupakan peguam yang bertanggungjawab menangani pelaburan Syarikat Al-Hana di Singapura kepunyaan Norhana yang dilantik oleh Norhana.

    “Jadi macam mana perkembangannya setakat ini?,” tanya Hamidon ingin tahu.

    “Bin Esmit yang bertanggungjawab melaporkan ke Jabatan Biro Rasuah bang Midon,” jelas Norhana lagi.

    “Celaka punya Bin Esmit…dia dengki barangkali Ana…”

    “Yalah… itu sudah pasti bang Midon..,” jawap Norhana pendek.

    “Bila nanti peguam Ana tiba bagitau…kita sama-sama menjemputnya…,” pinta Hamidon pada Norhana. Norhana angguk kepala tanda setuju.

    Pak Haji baru saja sampai di supermarket untuk berbelanja keperluan rumah. Semasa membeli-belah Pak Haji dan Bu Hajah Maidah terserempak dengan Bin Esmit yang juga membeli barangan di supermarket yang sama.

    “Assalamualaikum Pak Haji…apa khabar Pak Haji sama Bu Hajah Maidah?,” Bin Esmit menghulurkan tangan dan berjabat tangan yang segera disambut tangan Esmit oleh Pak Haji dengan ramah.

    “Alhamdulillah Bin Esmit sihat saja”.

    “Banyaknya barang belanja Pak Haji… al maklumlah orang kaya raya…banyak duit senang saja belanja,” kata Bin Esmit dengan wajah sedikit memperli.

    “Apa juga kurang dengan Bin Esmit. Kayanya lebih daripada saya,” kata Pak Haji merendah diri.

    “Tak usahlah merendahkan diri Pak Haji…orang kampung kita pun semua sudah tahu kekayaan Pak Haji…,” sambil beredar pulang dahulu.

    Pak Haji tidak terus balik. Mereka bertiga bersama drivernya masih jalan-jalan keliling dalam supermarket yang besar itu. Lewat tengah hari barulah mereka hendak balik ke rumah.

    Bu Hajah Maidah tidak risau untuk memasak di rumah kerana mereka sudah makan di restoran di tingkat atas supermarket itu. Drivernya membawa barangan belian menuju ke kawasan parking kereta tempat dia parking tadi. Pak Haji dan Bu Hajah Maidah mengekori dari belakang driver berjalan perlahan saja.

    “Pak Haji…Bu hajah…,” jerit driver mereka dengan kuat sambil melambai tangannya menyuruh Pak Haji dan Bu Hajah Maidah datang segera. Pak Haji dan Bu Hajah Maidah terkejut mendengar drivernya memanggil menjerit dengan suara yang kuat.

    “Ada apa kamu menjerit kuat membuat kami terkejut besar?”

    “Pak Haji cuba lihat cermin depan kereta Pak Haji ini…telah dipecahkan oleh orang jahat”.

    Setelah Pak Haji dan bu Hajah Maidah melihat mereka terkejut besar.

    “Astaghfirullahlah…siapa punya kerja celaka ini,” kata Pak Haji dengan geramnya.

    “…tengok dalam ada yang rosak?..,” sambungnya meminta drivernya memeriksa dalam keretanya.

    “Tidak ada yang rosak Pak Haji…bagaimana kita laporkan ke pihak polis saja Pak Haji,” saran drivernya.

    Pak Haji terus menelefon pihak pengurusan supermarket tersebut. Pengurus supermarket terus melihat tempat kejadian dan dia terus menelefon pihak polis.

    Hamidon bersama Said datang ke tempat kereta bapa mereka yang mengalami kerosakan cermin depan kereta tersebut. Pihak polis datang terus membuat penyelidikan dan mengambil maklumat dari drivernya kerana dia orang pertama mengetahui kerosakan itu.
    Hamidon meminta pihak polis untuk mencari tahu pelaku sebenar yang tidak bertanggungjawab itu. Pihak polis memberi jaminan akan bekerja sama dengan pengurus supermarket untuk menyelidiki CCTV di kawasan tersebut. Pihak polis akan menghubungi Pak Haji dalam masa terdekat.

    “Siapalah yang sampai hati melakukan kerja tersebut,” kata Bu Hajah Maidah setelah melangkah masuk ke rumah. Wajahnya sedih kerana kereta Toyota Vellfire yang agak mewah itu hadiah yang diberikan oleh Ana anak angkat mereka.

    “Sabar sajalah sayang…akhir nanti akan diketahui juga siapa pelakunya,” kata Pak Haji menenangkan perasaan hati Bu Hajah Maidah.

    Semasa Hamidon menghubungi Norhana untuk menyatakan hal kereta bapanya yang mengalami kerosakan yang sengaja dirosakkan, Norhana berada di Qatar atas urusan bisnesnya di sana. Norhana minta Hamidon menghantar ke bengkel membaiki kereta dan dia dari Qatar akan menghubungi pengurus bengkel menyelesaikan pembaikan kereta bapa angkatnya.

    Norhana juga berpesan agar menunggu kepulangannya dari Qatar untuk dia ikut menguruskan perkara itu.

    “Bapa sudah uruskan bersama Tuan Halim Yusuf pagi tadi,” kata Hamidon menjelaskan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda