(Siri 13)
Oleh Dino MN –
Peguam Norhana yang terbilang dan berada di kedudukan papan atas barisan peguam telah pun tiba dua hari yang lalu. Norhana menyambutnya bersama Hamidon di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas Negara Brunei Darussalam seperti yang mereka janjikan dulu.
Yang Arif Tariq Al Ayubi nama peguam yang mewakili syarikat Al Hana berpangkalan di Dubai yang bertanggungjawab menjalankan bisnes dan pelaburan Syarikat Al-Hana di sana, dia menginap di rumah Pak Haji bersama peguam syarikat mereka di Singapura.
Kedua-dua Yang Arif itu memulakan perbincangan tentang penyata kewangan keluarga Pak Haji. Pelaburan dan bisnis syarikat Pak Haji di Singapura di bawah seliaan peguam mereka Tuan Halim Yusuf.
Sementara bisnes pelaburan dan pembinaan syarikat mereka di Dubai di bawah pengurusan Yang Arif Tariq Al Ayubi.
Tatala kedua-dua Yang Arif berbincang di rumah Pak Haji, di meja bulat no.13 pula panas memperkatakan dua orang yang kaya di kampung mereka bagi mencari siapa pula yang menjadi lebih kaya antara keduanya. Lelaki pertama berkata bahawa tuan Bin Esmit yang lebih kaya, banyak projek yang dia dapat…jumlahnya katanya lebih sejuta ringgit.
Lelaki kedua pula mengatakan bahawa Pak Hajilah yang terkaya…punya duit lebih berjuta-juta dari hasil projek yang dia dapat dalam pembinaan perumahan di Bukit Beruang…perumahan perpindahan kampung Lugu dan juga hasil hartanah projek pembinaan rumah tiris.
Jika mengikut cerita lelaki ketiga tuan Bin Esmit lagi kaya…hampir setiap projek kerajaan pasti dia dapat…projek perhutanan dia saja yang dapat, projek kecil sampai projek besar syarikat tuan Bin Esmit pasti dapat.
“Tapi dia itu orang kaya sangat bakhil…dulu anak saya minta bantuan kerana projek sekolah dia cuma beri $5 saja. Sedangkan Pak Haji memberi sebanyak $500,” kata Azis memberitahu kepada mereka. Mengikutnya lagi Pak Haji setiap tahun memberi tambang percuma penuh kepada orang-orang yang kurang mampu untuk menunaikan haji. Bukan seorang dua tetapi sampai 10 orang sekali berangkat untuk menunaikan ibadah haji.
“Jadi siapa yang lebih kaya?,” tanya lelaki pertama.
Hamidon pula masa ini sudah berada di Kuala Lumpur. Dia ke sana mewakili bapanya Pak Haji untuk mengadakan mesyuarat kerja sama dalam berbagai bidang bisnis atas jemputan sebuah syarikat terkemuka di sana iaitu Syarikat Metro Bistari.
Pak Haji pula telah berbincang dengan Bu Hajah Madiah dan juga Norhana mengenai tawaran dari Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) yang menjemput Syarikat Kontraktor Pak Haji ikut serta dalam tender projek Brunei dan Sarawak Malaysia dalam cari gali minyak di kawasan laur pantai. Mengikut jurucakap syarikat berkenan bahawa BSP menaruh keyakinan bahawa syarikat Pak Haji mampu menjalankan kegiatan tersebut.
Mereka telah mengambil keputusan untuk ikut serta projek tersebut.
Sebuah kereta masuk ke kawasan halaman rumah Pak Haji dan terus parkir di garaj yang besar itu. Bu Hajah Maidah menjenguk melalui jendela.
“Yang Arif Tuan Halim Yusuf dan Yang Arif Tariq Al Ayubi datang,” kata Bu Hajah Maidah melaporkan kepada Norhana.
“O…ya,…tadi mereka dipanggil pihak Biro Rasuah…kita tunggu saja apa berita yang mereka bawa,” kata Norhana. Kedua-dua peguam itu…Tuan Tariq Al Ayubi mewakili syarikat Pak Haji semantara Tuan Halim Yusuf mewakili anak-anak Pak Haji.
“Habislah Tuan Bin Esmit terkantoi menipu dan memfitnah syarikat Pak Haji dan anak-anaknya juga melakukan kerosakan pada harta milik Pak Haji iaitu sebuah kereta yang agak mahal,” kata Hassan semasa singgah di restoran untuk membeli makanan untuk cucunya.
Di meja no.13 itulah Hassan menceritakan yang Tuan Bin Esmit telah tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh pihak Biro tentang bukti dari mana dia dapat. Tuan Bin Esmit banyak menggunakan perkataan mungkin terhadap jawapan yang disoal padanya.
Kata Hassan lagi semasa dipanggil ke Balai Polis, Tuan Bin Esmit tidak dapat berdalih lagi terhadap kejadian pecah kereta setelah pihak polis menunjukkan rakaman CCTV. Dia sekarang mungkin berdepan akan disaman oleh syarikat Pak Haji dan dia juga akan didakwa kerana merosakkan harta Pak Haji.
Enam bulan telah berlalu Tuan Bin Esmit telah memohon maaf kepada Pak Haji kerana tindakannya yang tidak senonoh itu. Hamidon anak Pak Haji melalui peguamnya telah menuntut Tuan Bin Esmit membuat permohonan maaf itu secara terbuka di akhbar-akhbar tempatan.
Orang-orang kampung menjadi tahu orang yang mereka anggap kaya-raya di kampung mereka itu adalah seorang yang berhati busuk. Mereka sudah tidak begitu percaya akan Tuan Bin Esmit dan beransur-ansur menjauhkan diri mereka daripada Tuan Bin Esmit.
Sementara rumah Pak Haji pula setiap malam Jumaat tidak sepi daripada kunjungan orang kampung mengikuti solat berjemaah.
Dalam sibuk-sibuk membuat amal jariah, tidak disangka pula syarikat Pak Haji telah berjaya mendapat projek terbesar di Kalimantan membina jalan raya menghubungkan ke ibu kota baru bagi Indonesia di daerah Kalimantan Timur, di samping ikut membina perhotelan di situ.
Hamidon yang dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat Pak Haji atas nasihat Norhana sudah selesai menandatangani projek besar dengan BSP untuk mengangkut gas cecair asli ke Jepun selama tempoh 10 tahun dengan pendapatan lebih berbilion ringgit.
Sementara itu untuk menandakan syukur, Norhana telah membuat cadangan untuk mengadakan majlis doa kesyukuran kerana keluarga angkatnya sudah berjaya dalam perniagaan. Sudah menjadi keluarga terkaya dengan harta berbilion di dalam dan luar negara.
Bersambung