Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak sengaja

    (Siri 19)

    Oleh Dino MN –

    Norhana menerima berita buruk tentang kebakaran itu melalui panggilan telefon daripada Hamidon.

    Dia terus masuk ke biliknya dan mengambil kunci kereta. Setelah menghidupkan enjin keretanya dia terus ke rumah bapa angkatnya Pak Haji dan setibanya di situ orang-orang kampung masih lagi ramai situ.

    Dia menghampiri Pak Haji yang sedang bercakap dengan pegawai bomba.

    Ingatan Norhana terputus disebabkan Pak Haji dan Bu Hajah Maidah datang ke rumah Norhana.

    Norhana menyambut kedatangan bapa dan ibu angkatnya dan mempersilakan mereka masuk ke rumah besarnya.

    Pesakit merasa gugup dengan kedatangan anggota polis ke ruang katilnya. – Agensi
    Norhana menyambut kedatangan bapa dan ibu angkatnya dan mempersilakan mereka masuk ke rumah besarnya. – Agensi

    “Ada apa bapa dan ibu datang ke rumah Ana ni?,” tanya Norhana setelah kedua ibu dan bapa angkatnya duduk.

    “Bapa mau tanya saja surat penyerahan balik rumah kedai dua pintu kepada Tuan Bin Esmit sudah siapkah?,” tanya Pak Haji. Kerana sudah lebih dua minggu Pak Haji menunggu Ana belum menghantarnya.

    “Sudah semuanya selesai. Ana tahan dulu…kata bang Midon kebakaran rumah itu mungkin dalangnya keluarga Tuan Bin Esmit…jika terbukti jangan serahkan hak rumah kedai dua pintu itu kepadanya.

    “Tak boleh macam itu Ana…niat bapa untuk menyerahkan semula untuk Tuan Bin Esmit semata-mata untuk membantu dia dan menyedarkan dia…,” jelas Pak Haji kepada Norhana.

    “Apa yang dikatakan bang Midon tu ada juga masuk akal…kerana dendam disebabkan bapanya bankrap maka ada kemungkinan pihak keluarganya bertindak membalas dendam,” kata lagi Norhana. Pak Haji terdiam seketika.

    “Tapi kita tunggu saja hasil siasatan pihak berkenaan supaya jelas,” kata lagi Pak Haji kepada Norhana. Norhana angguk kepala dan tak lama kemudian Bu Hajah Maidah keluar dari dapur membawa minuman kopi dan kuih dan meletakkannya di atas meja depan Pak Haji dan Norhana.

    “Aduhai ma…tak perlu mama sibuk-sibuk,” kata Norhana pada mama angkatnya, Bu Hajah Maidah.

    “Mama cuma menolong angkatkan saja…yang membuat minuman ini Ani…dia lagi sibuk membersihkan kawasan dapur,” kata Bu Hajah Maidah. Ani pembantu rumah Norhana baru saja bekerja sebulan lalu.

    “Apa pun hasil siasatan itu nanti…terlibat atau tidak akan bapa teruskan juga penyerahannya,” kata Pak Haji untuk meyakinkan Norhana bahawa ia akan meneruskan hasratnya itu.

    Norhana setuju saja apa kata bapa angkatnya itu. Dia kagum dengan bapa angkatnya itu dalam keadaan sebegitu pun dia amat penyabar.

    Kes kebakaran rumah kepunyaan Pak Haji, pasukan bomba telah pun menyerahkan kepada pihak polis kerana ada unsur tindakan jenayah atau sengaja dibakar. Mengikut pendapat pihak bomba ada seorang atau lebih telah melakukan perbuatan itu.

    Pihak bomba telah menjumpai satu gelen bekas dipercayai kesan bahan minyak bakar digunakan untuk tujuan tersebut. Sehelai baju ada kesan terbakar yang kemungkinan pelakunya juga terbakar semasa melakukan tindakan tersebut.

    Pihak polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah telah pun menghubungi semua hospital, klinik-klinik kesihatan di semua daerah untuk melaporkan jika mereka ada merawat seseorang yang terbakar sebahagian badannya mengikut panduan bukti baju yang pihak penyelamat temui tidak jauh dari rumah yang terbakar.

    Norhana telah menemani bapa angkatnya ke balai polis untuk diminta keterangan tambahan. Selepas memberikan keterangan kepada pihak penyiasat, pihak polis sudah menemui jejak pelakunya dan berjanji akan menangkap pelakunya tidak lama lagi.

    Setelah selesai, Pak Haji dan Norhana anak angkatnya mohon diri dan keluar dari pejabat polis. Dari situ Norhana membawa Pak Haji bapa angkatnya dan Bu Hajah Maidah ke Mall di Gadong untuk berbelanja.

    Dua hari selepas pihak polis mengambil keterangan daripada Pak Haji, pihak polis telah menerima maklumat dari sebuah hospital swasta yang memberi tahu bahawa hospital mereka ada menerima pesakit kerana melecur kebakaran. Tidak mengambil masa yang panjang Jabatan Siasatan Jenayah bergegas ke hospital tersebut dan terus masuk ke ruang pesakit dengan diiringi doktor yang bertugas masa itu.

    Mulanya pesakit tersebut merasa gugup dengan kedatangan beberapa anggota polis ke ruang katilnya.

    “Kami dari Unit Jabatan Siasatan Jenayah datang untuk memeriksa awang dan meminta keterangan daripada awang sejujur mungkin bagi menolong pihak kami. Awang jangan panik dan berasa gusar kerana kami ingin membantu awang…,” kata pegawai polis berpangkat inspektor kepada pesakit tersebut.

    Pihak polis telah pun menerima salinan laporan dari fail pesakit yang diserahkan oleh pihak hospital tetapi bercanggah dengan kejadian yang diperlukan oleh pihak polis.

    Pihak polis ingin menentukan kejadian kebakaran rumah Pak Haji itu sesuai dengan bukti yang diberikan oleh pihak penyelamat yang mereka temui.

    Dari fail pesakit x itu mengatakan bahawa kebakaran yang diterimanya adalah disebabkan oleh kebakaran keretanya yang menyebabkan dia pun terbakar.

    Kejadian itu bersamaan dengan tarikh dan masa kebakaran rumah Pak Haji.

    Memandangkan terdapatnya percanggahan itu, Unit Siasatan Jenayah telah mengarahkan anggotanya bergegas ke Balai Bomba dan penyelamat untuk mengambil keterangan sama ada atau tidaknya laporan kebakaran kereta saat yang sama dengan kebakaran rumah Pak Haji.

    Setelah disiasat ternyata tiada kebakaran kereta dilaporkan di semua balai bomba dan penyelamat pada saat, tanggal dan hari berlakunya kebakaran rumah Pak Haji yang didakwa oleh pesakit yang sebahagian badan dan tangannya melecur kerana kebakaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda