Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak sengaja

    Tidak sengaja

    Tidak sengaja

    Tidak sengaja

    Tidak sengaja

    Tidak sengaja

    (Siri 23)

    Oleh Dino MN – 

    Sejak Norhana yang tidak sengaja melanggar kereta Pak Haji dan Norhana menjadi anak angkat, dari sejak itulah perubahan ketara terhadap kehidupan keluarga Pak Haji. Syarikat Pak Haji sudah menjadi besar dan menjadi pengusaha yang kaya raya. Dari hanya membuat projek kecil-kecilan membuat garaj kereta mengubahsuai rumah dan tambahan rumah yang hanya mencapai puluhan ribu, kini syarikat Pak Haji sudah mampu mengambil projek ratusan ribu malah sanggup mengambil projek melebihi jutaan ringgit bersaing dengan syarikat-syarikat besar. Malah kini telah terbang ke negara-negara luar.

    Di rumah Pak Haji, di ruang opisnya tersusun meja untuk Pak Haji melakukan kerja syarikatnya sebagai pengarah urusan. Di sebelah kanannya, kira-kira 5 meter dari meja Pak Haji adalah meja kerani syarikatnya. Semua anak-anak Pak Haji, Hamidon, Jalia, Said dan Norhana sudah berkumpul di ruang opis Pak Haji kerana ada yang akan mereka bincangkan bersama.

    “Memandangkan bisnes keluarga kita begitu besar dan berkembang seluruh negeri maka sampai masanya kita mempunyai pasukan keselamatan untuk menjaga harta dan hak keluarga kita,” kata Pak Haji kepada anak-anaknya.

    “Maksud bapa semacam penjaga bangunan waktu malam atau siang begitu,” kata Jalia memahami maksud bapanya.

    “Begitulah…kita terpaksa menggunakan pengawal di setiap tempat berlakunya bisnes kita,” kata Norhana menjelaskan. Untuk urusan tersebut keluarga Pak Haji telah memberi tugas kepada Hamidon untuk menghadapkan kertas kerja yang terperinci yang perlu bagi menyatakan keperluan syarikat mereka memohon perkara tersebut.

    Isteri Tuan Bin Esmit menerima panggilan dari hospital memaklumkan suaminya akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat. – ChatGPT
    Anak-anak Pak Haji berkumpul di ruang opis kerana ada yang ingin dibincangkan mereka. – ChatGPT

    Bersamaan dengan waktu Pak Haji dan keluarganya berbincang perkara penting itu, saat itulah isteri Tuan Bin Esmit menerima panggilan telefon dari rumah sakit yang menyatakan bahawa suaminya Tuan Bin Esmit telah pun beransur pulih dan akan dibenarkan pulang ke rumah mereka dalam beberapa waktu yang terdekat ini.

    “Jadinya suami saya akan balik bila…” dengan linangan air matanya yang tak terbendung lagi isteri Tuan Bin Esmit terus-terusan bertanya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak rumah sakit yang memberi khabar baik itu kepadanya.

    “Nanti pihak kami memberitahu tarikh Tuan Bin Esmit keluar dari rumah sakit kami.”

    “Ok…saya akan menjemput suami saya di rumah sakit jiwa nanti.

    “Bukan di rumah sakit jiwa…tapi Tuan Bin Esmit sekarang di rumah sakit RIPAS dia sekarang baik-baik saja”. Isteri Tuan Bin Esmit terkejut bercampur kegembiraan yang tidak terhingga.

    “Dia betul-betul sembuh sekarang…,” katanya dalam hati. Dia terus ke ruang dapur untuk memberitahu anaknya Hasnah tentang khabar gembira itu.

    Petang yang indah dan cerah serta damai, bayu beralun lembut menyapa muka alam ini, saat itulah Tuan Bin Esmit melangkah keluar dari pintu rumah sakit RIPAS diiringi oleh isterinya dan anaknya Hasnah. Mereka menuju ke lif untuk turun ke lobi. Sebuah kereta sudah siap sedia menunggu Tuan Bin Esmit dengan pintu dibuka sedia untuk Tuan Bin Esmit masuk. Akhirnya mereka beredar dari perkarangan rumah sakit RIPAS.

    Di rumah sederhana kepunyaan anak Tuan Bin Esmit, ramai juga ahli keluarga Tuan Bin Esmit menunggu kedatangannya yang begitu lama berpisah disebabkan Tuan Bin Esmit menjalani pemulihan di rumah sakit jiwa. Mereka juga menyediakan jamuan ala kadarnya untuk majlis kesyukuran sembuhnya ketua keluarga mereka Tuan Bin Esmit.

    Saat keluarga Tuan Bin Esmit bergembira dalam satu majlis kesyukuran kerana Tuan Bin Esmit sudah sembuh, saat itulah pula Norhana menerima panggilan telefon dari CEOnya di Singapura menyatakan pada minggu depan diadakan mesyuarat tahunan di hotel kepunyaan Pak Haji yang di bawah penyeliaan CEO yang berpengalaman. Norhana terus menghubungi Pak Haji memberitahu hal tersebut dan akan datang ke rumah Pak Haji petang hari itu juga.

    Setibanya di rumah bapa angkatnya, Norhana disambut oleh Bu Hajah Maidah dan membawa Norhana ke ruang dapur untuk membuat minuman.

    “Kita mesti hadir ke majlis tersebut pa…,” kata Norhana pendek kepada bapa angkatnya Pak Haji. Bu Hajah Maidah setuju kerana katanya dia ingin berbelanja di kota Singa itu semasa Pak Haji dan Norhana bermesyuarat. Pak Haji juga menyetujui hasrat isterinya Bu Hajah Maidah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Tidak sengaja

    Tidak sengaja

    Tidak sengaja

    Disyorkan Untuk Awda