(Siri 6)
Oleh Dino MN –
Hampir dua minggu Norhana tidak menghubungi pak haji dan juga Bu Hajah Maidah. Kesibukan urusan bisnesnya membuat dia tidak dapat menghubungi Pak Haji dan Bu Hajah Maidah untuk bertanya dan memberi khabar kepada mereka. Masa ini dia masih lagi di Singapura, transit dari Abu Dhabi.
Di Singapura dia mempunyai bisnes perhotelan yang tidak jauh dari kawasan beli-belah di Orchid. Dia terus mengadakan rundingan tahunan berkenaan dengan saham yang dipegang oleh syarikatnya. Syarikat Norhana memegang saham terbesar pada hotel tersebut.
Pak Haji baru saja selesai membeli barang-barang untuk kegunaan binaan rumah yang akan dibuatnya. Dalam satu minggu barulah pembekal dapat menghantar barang tersebut disebabkan banyak permintaan dari pelanggannya. Pak Haji berharap projek kecilnya dapat selesai sebelum habis tempoh yang ditetapkan.
Hamidon pula hendak ke rumah bapanya di kampung. Dia berhasrat mahu meminjam kereta Pajero bapanya hari minggu depan kerana dia hendak ke Kota Kinabalu, Sabah bersama keluarganya. Dia ingin memandu kereta bapanya yang sudah berubah wajah itu.
Hari ketiga Norhana di Singapura merupakan hari terakhir dia mengadakan sisi perbincangan demi perbincangan dan mengubahsuai perjanjian perhotelan dengan rakan kongsi syarikatnya telah pun mencapai persetujuan bersama.
Norhana tidak segera balik melainkan tinggal sehari dua lagi untuk melegakan kelelahannya kerana semasa di Abu Dhabi selama seminggu dia menghabiskan perjumpaan dengan peguamnya tentang insurans nyawa miliknya dan pelaburan syarikatnya di bidang industri binaan yang begitu besar.
Syarikat Norhana juga ikut melabur dengan saham yang ketiga besar dalam projek pembinaan landasan kereta api laju yang menghubungi bandar-bandar terbesar yang berjauhan. Lebih 40 stesen perhentian telah dibina yang panjang landasannya kira-kira lebih 600 kilometer.
Syarikat pelaburan Al Hana telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk membina dua landasan kereta api laju yang baru memandangkan Syarikat Al Hana berjaya dalam projek landasan kereta api sebelum ini. Dalam pada itu dalam hatinya, Norhana berkeinginan hendak menolong syarikat Pak Haji yang kecil itu untuk dibesarkan dalam pelbagai bidang di sektor binaan dan pelaburan.
Hari minggu kira-kira pukul 10 pagi Norhana ke rumah Pak Haji sebab sekembalinya daripada urusan luar negara dia belum sempat ke rumah Pak Haji. Dia sengaja tidak memberi tahu kepada Pak Haji yang dia akan datang ke rumahnya. Biar menjadi kejutan kepada Pak Haji dan Bu Hajah Maidah.
“Mengapa tak bagitau dulu mau datang Ana?,” tanya Bu Hajah Maidah kepada Norhana.
“Saja-saja mau datang Bu hajah…kebetulan juga hari ini hari minggu jadi lebih baik Ana santai di sini saja”.
“Pak Haji mana Bu Hajah?,” tanyanya pendek, kerana dari tadi dia sampai, dia tidak nampak Pak Haji keluar.
“Tadi dia keluar katanya mau jumpa orang yang hendak buat garaj kereta.”
Mereka berdua berbual-bual sambil menikmati minuman dan kuih sementara menunggu Pak Haji balik. Norhana pula memberikan ole-olenya dari luar negeri sebagai buah tangan untuk Bu Hajah Maidah.
“Yang ini dari Dubai Bu hajah kain untuk baju…coraknya sangat baik dan warnanya juga sangat sesuai dengan Bu Hajah,” kata Norhana sambil membuka balikkan kain tersebut. Bu Hajah melihat sambil angguk kepala tanda setuju.
“Tentu mahal harganya ya Ana,” kata Bu Hajah Maidah. Norhana tidak menjawab tapi dia senyum saja. Semasa Norhana dan Bu Hajah Maidah sibuk dan asyik membuka balik ole-olenya saat itulah pak haji datang.
Pak Haji terus menceritakan hasil rundingannya dengan pelanggannya yang mahu membina garaj rupanya sekali gus meminta membangunkan tanahnya untuk 10 unit rumah teres.
“Jadi Pak Haji setuju untuk membinanya?”
“Belum. Saya minta tangguh dulu…sebab projek develop ongkosnya mungkin hampir jutaan ringgit,” jawab Pak Haji. Dia mungkin tidak mahu mengambil projek tersebut.
“Pak Haji setuju saja untuk membuat projek itu…tentang model Ana boleh tanggung,” kata Norhana meyakinkan Pak Haji. Pak Haji pula menyatakan kekurangan alat jentera pembinaan dan tidak mempunyai pekerja yang cukup.
“Soal kerisauan Pak Haji itu tak usah ragu. Ana ada semua itu..,” jelas Norhana lagi. Pak Haji belum tahu yang Norhana mempunyai pekerja yang ramai yang masa ini mengambil bahagian membina projek perumahan kerajaan Kampung Lugu yang nilainya jutaan ringgit sengaja dirahsiakan oleh Norhana daripada pengetahuan Pak Haji.
Bersambung