Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak sengaja

    (Siri 7)

    Oleh Dino MN –

    Meja makan yang bulat no.13 dengan kerusi untuk lapan orang duduk itu yang terletak di sudut kanan restoran itu masih belum diduduki lagi. Restoran itu tidaklah begitu mewah keadaannya.

    Tapi sering saja penuh dikunjungi pelanggannya terutama anak-anak muda dalam lingkungan 30an. Tempat melepak…duduk santai terutama hari-hari kelepasan tidak bekerja.

    Sebuah kereta Suzuki S-Presso warna putih memasuki kawasan depan restoran tersebut.

    Pemandunya seorang lelaki dijangka berumur kira-kira 30an keluar dari keretanya.

    Bersamanya juga seorang lelaki yang juga sebaya umurnya.

    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    Mereka berdua masuk dan terus duduk di meja bulat no.13 itu. Seorang pelayan menghampiri meja tempat mereka duduk untuk mengambil pesanan.

    “Biasa…,” kata seorang daripada mereka. Pelayan tersebut terus berlalu memberitahu pesanan tersebut kepada penyedia makanan di dapur. Lelaki dua orang itu berbual santai sambil ketawa.

    “Astaghfirullah..,” suaranya melenting besar kekejutan apabila meja mereka ditepuk kuat dari belakang yang mereka tidak sedari. Yang mengejutkan mereka tadi terus ketawa besar.

    “Beri salamkah dulu…bukan cara begitu yang boleh membuat orang bermasalah jantung terus mati..,” kata lelaki satu yang memandu Suzuki S-Presso tadi.

    “Betul tu..,” kata lelaki yang kedua menyampuk.

    “Maaf…maaf…maaf kawan janganlah marah,” kata lelaki ketiga sambil ketawa terus. Dia menarik kerusi dan duduk sama dengan kawan-kawannya.

    “Kamu perasankah perubahan hidup Pak Haji dan Bu Hajah Maidah?,” tanya lelaki ketiga yang baru saja duduk di meja bulat no.13 itu.

    “Ohhh…soal itu kami tahulah…kereta Pak Haji sudah dicat baharu…macam baru,” kata lelaki satu menjawab.

    “Yalah…malah bahagian dalam kereta Pajero Pak Haji itu pun sudah diubahsuai,” sampuk lelaki kedua.

    “Bukan ituuuu, maksud aku di rumah Pak Haji ada seorang perempuan muda.” Lelaki satu dan kedua langsung terkejut.

    “Apa pula peliknya…mungkin anak buah dia atau mungkin cucu dia kali, tak apa-apa pun.”

    “Itu cakap kau…itu kata awak, seluruh kampung sibuk bercakap berita itu. Jadi buah mulut…jadi khabar yang meniti dari mulut ke mulut…Pak Haji simpan perempuan muda..,” kata lelaki yang ketiga penuh semangat. Jika pasal khabar angin benar atau tidak dia juaranya.

    “Berawal dari kejadian perempuan muda itu yang tak sengaja melanggar kereta Pajero Pak Haji, jadi dia yang membaiki semua kerosakan akibat perlanggaran itu…itu cerita yang ku dengar,” kata lelaki ketiga menceritakan khabar yang dia dengar.

    “Itu sudah wajarlah, dia yang mengakibatkan kerosakan maka dia yang bertanggungjawab,” lelaki kedua memberikan pendapatnya. Lelaki satu angguk-angguk kepala saja akan kewajaran pendapat lelaki kedua itu.

    “Terserah perempuan yang melanggarlah mau diapakankah bentuk tanggungjawabnya asalkan duitnya ada,” kata lelaki satu pula.

    Seorang lagi kawan mereka datang bergabung di meja no.13. Dia terus duduk dan memesan minuman untuknya.

    “Kamu terlambat tertinggal satu langkah…”

    “Tertinggal apa maksudnya?,” tanya Azis kepada lelaki ketiga dengan raut wajah yang penuh kehairanan.

    “Tentang khabar Pak Haji dan Bu Hajah Maidahlah…keadaan hidup mereka berubah setelah mereka bertemu seorang perempuan muda yang ada di rumah mereka,” jelas lelaki ketiga.

    “Syukurlah kalau begitu..,” kata Azis seolah-olah tidak tahu keadaan situasi sebenarnya.

    “…mungkin juga kamu semua kurang tahu..,” sambungnya lagi dengan nada bersahaja.

    “Cerita apa lagi yang kami kurang tahu Azis?,” tanya lelaki ketiga.

    “Anak angkat Pak Haji…”

    “Setahu kami Bu Hajah Maidah tidak ada anak angkat…semua orang kampung pun tahu yang Pak Haji dan Bu Hajah Maidah tidak mempunyai anak angkat,” terang lelaki kedua lagi.

    “Ini cerita baru…cuba kamu cerita Azis asal mula berita.”

    **********

    “Bu Hajah…sebelumnya Ana mohon maaf sebab terlambat memberitahu Bu Hajah.

    Sebenarnya Pak Haji sudah Ana rista awal. Tapi Ana tidak mahu Pak Haji ceritakan pada Bu hajah,” jelas Norhana. Bu Hajah Maidah jadi kebingungan.

    “Mengapa pula Ana kata begitu?,” kata hati kecilnya.

    “Ada apakah rahsia antara mereka?,” fikirnya dalam hati.

    “Ana memutuskan ingin menjadi anak angkat pada Pa Haji dan Bu hajah”. Tersentak Bu Hajah Maidah mendengarnya.

    “Kalau Pak Haji mu setuju dengan kehendak Ana, babu ikut saja…malah babu paling bahagia”.

    “Alhamdulillah Bu Hajah…sebenarnya semuanya sudah selesai Ana uruskan melalui peguam Ana.”

    Semasa Norhana di Singapura dia sudah menyelesaikan banyak hal termasuk tentang saham syarikatnya di bidang perhotelan dan mengaitkan dirinya yang mahu menjadi sebagai anak angkat kepada Pak Haji dan Bu Hajah Maidah.

    “Proses di mahkamah di sini juga selesai Ana uruskan sebulan yang lalu Bu Hajah,” kata Norhana menjelaskan.

    Seperti yang dirancangkan semua anak-anak Pak Haji…Hamidon, Jalia dan Said sudah berkumpul di rumah Pak Haji.

    Norhana datang lebih awal daripada anak-anak Bu Hajah Maidah. Dia membawa makanan dan minuman untuk mereka berkumpul pada hari itu.

    Hamidon dan adik-adiknya Jalia dan Said datang bersama dengan sebuah kereta sahaja.

    “Agaknya apakah yang bapa hendak beritahu kepada kita dik?”

    “Entahlah ya…nak bagi harta tak mungkin… kita sudah diberi seekar tanah setiap seorang.” kata Jalia pada abang mereka Hamidon.

    “Kita tunggu saja bila kita sampai di rumah bapa nanti,” kata Said pendek.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda