(Siri 9)
Oleh Dino MN –
Meja nombor 13 yang terletak di sudut kanan restoran itu sepi menunggu pelanggan yang biasa lepak di situ. Pelanggan lain pun kurang datang tidak seperti hari-hari biasa. Lelaki pertama dan lelaki kedua sudah pun datang. Selalunya mereka datang berdua dengan kereta Suzuki S-Presso kepunyaan lelaki pertama.
Mereka terus duduk dan memesan minuman dan makanan seperti biasa. Azis orang yang selalu muncul terakhir sekali sudah pun tiba tidak jauh bezanya dengan kedatangan lelaki pertama dan kedua. Dia pun terus dihidangkan oleh pelanggan restoran tersebut seperti hari-hari yang lalu. Pelanggan restoran tersebut sudah tahu akan selera mereka.
“Orang kaya baharu di kampung kita, itulah berita hangat,” kata Azis meledak sambil menghirup teh tarik kegemarannya.
“Aku pun sudah dengar berita itu…tak tahu benar-benar kayakah tidak?,” sampuk lelaki pertama. Lelaki kedua mengiakan sambil angguk-angguk kepala.
“Rumah pak haji sudah diubah suai menjadi besar sekarang ini,” kata Azis lagi.

“…setiap minggu rumah pak haji yang besar itu riuh bunyi cucu-cucunya bermain,” sambung Azis.
“Setiap malam Jumaat pak haji menjemput kawan-kawannya sembahyang berjemaah di rumahnya yang besar itu.
“Bukan itu saja…pak haji bagi sampul surat sedekah kepada mereka,” lelaki kedua menceritakan khabar yang dia dengar daripada orang-orang yang dijemput pak haji.
“Betul tu…jumlahnya $50 setiap orang,” lelaki pertama ikut menyampuk.
“Mungkin lelaki ketiga lebih tahu…sebab rumahnya tidak berjauhan dengan rumah pak haji,” kata Azis memberitahu mereka.
“Aku dapat tahu dari Hassan bahawa pak haji dan anak beranak udah jadi kaya raya,” sambung Azis lagi.
“Tapi kaya lagi tuan Bin Esmit…wangnya hampir jutaan,” cela lelaki pertama. Tuan Bin Esmit seorang kontraktor yang tidak asing lagi di kampung mereka. Dia melakukan kerja-kerja kontraktor membina rumah. Dia terbilang kaya…projek kerajaan yang ditenderkan tetap menjadi miliknya dengan mudah. Dia ikut pintu belakang untuk rundingan terus bagi sebarang tender projek kerajaan.
“Hassan kata dia sendiri yang nampak masa dia ikut kereta pak haji ada lima buku bank di kerusi duduk depan…,” Azis berhenti sejenak dan menyambung lagi.
“Empat buku bank itu nilai isinya sama jumlahnya…cuma buku bank pak haji lebih sedikit…buku bank yang empat itu atas nama bu Hajah Maidah, Hamidon, Jalia dan Said.
“Jadi berapa jumlah isinya?,” tanya lelaki kedua.
“Kata Hassan, setiap buku bank itu ada 200,000…kalau empat udah berjumlah 800,000…jika dicampur dengan nilai buku bank pak haji sudah satu juta lebih…,” jelas Azis lagi. Lelaki pertama dan lelaki kedua terdiam ingin mendengar lagi cerita yang dibawakan oleh Azis.
“Kata Hassan lagi setiap bulan kemasukan duit ke dalam buku bank pak haji dan anak bininya lebih $30,000.
“Wow betul-betul kaya…mengalahkan kekayaan tuan Bin Esmit,” kata lelaki pertama kagum.
“Betulkah yang Hassan cakap tu?” soal lelaki pertama pula seolah-olah tak percaya.
“Betullah…wang itu hasil keuntungan pelaburan di luar negara.
“Apaaaa…pelaburan luar…sejak bila dia melabur di luar negara?
“Yang membawa syarikat pak haji melabur di negara luar itu si anak angkatnya lah…malah sebahagian pelaburannya telah pun diberi kepada syarikat pak haji. Itulah mula kekayaan pak haji.
“Syarikat pak haji sudah bergiat dalam pembinaan di Dubai…dia dapat projek besar di sana.
“Setahu akulah syarikat pak haji tu cuma kecil di sini…projek pun yang kecil-kecil saja,” kata lelaki kedua seolah-olah tidak mempercayai yang syarikat pak haji itu melebarkan sayap syarikat ke negeri luar.
“Kamu semua tu tertinggal gerabak…ni, yang hampir saja kamu tak tahu…pak haji ada hotel di luar negeri, sahamnya besar,” kata Azis mengikut apa yang diceritakan orang padanya.
“Ini pak cik Hassan?” suara supir bas mini menyapa dan menghampiri Hassan sekeluarga.
Dilihat bas mini itu begitu istimewa tempat duduknya yang luas dan nyaman. Hiasan tabirnya cantik dari kain yang mahal.
“Ya saya…,” kata Hassan sambil berjabat tangan dengan supir itu.
“…tapi saya tidak pesan van pun…,” katanya lagi kehairanan. Bertambah hairan lagi mengapa supir itu tahu namanya. Hasan sekeluarga menaiki bas mini itu dan duduk dengan selesanya. Bas mini itu mempunyai 15 seater.
“Pak cik Hassan, terus ke hotel atau keliling-keliling bandar dulu?” tanya supir bas mini itu.
“Lagi pun masih awal lagi…,” dia melihat jam tangannya.
“Baru jam 10:10 minit…,” sambungnya lagi. Hassan menanyakan pada isterinya adakah mereka jalan-jalan dulu keliling bandar besar itu.
“Tapi kami takut nanti hotel penuh,” jelas Hassan. Sedangkan bersamanya ialah anak-anak dan cucu-cucunya. “Andaikan semua hotel penuh nanti mereka tinggal di mana?” bisiknya dalam hatinya.
“Pak cik jangan bimbang…hotel sudah ada untuk pak cik sekeluarga,” kata supir itu lagi. Itu menambahkan kehairanan Hassan. Dalam fikirannya penuh tanda tanya.
Hassan sempat bertanya kepada supir siapa yang uruskan hotel untuk dia dan keluarganya. Supir itu sengaja mengelak dengan membawa cerita lain untuk memenuhi kehendak bosnya.
Setelah puas dibawa keliling bandar itu oleh supir bas mini barulah mereka dibawa ke hotel penginapan yang sudah diaturkan untuk Hassan.
“Besok selepas sarapan saya akan bawa pak cik ke Pulau Sentosa,” kata supir bas mini.
“Tidak usahlah,” jawab Hassan pendek.
“Itu sudah termasuk jadual harian,” Hassan bertambah bingung lagi.
“Sebenarnya pak cik bas mini ini pemilik hotel. Bos hotel telah mengarahkan bas mini ini adalah untuk kegunaan pak cik selama berada di sini”.
“Bayarannya pula macam mana?” tanya Hassan bercampur risau.
“Semuanya termasuk hotel dan bas mini ini free...diberikan oleh bos hotel,” lagi Hassan sakit kepala memikirkan. Akhirnya bas mini yang membawa keluarga Hassan tiba di depan hotel. Mereka disambut oleh kakitangan hotel dengan ramah persis tetamu VIP layaknya.
Bersambung