MIAMI, 19 FEB – Seorang pengunjung ke pameran seni kontemporari secara tidak sengaja menjatuhkan arca kaca kecil oleh artis terkenal Jeff Koons, menyebabkannya pecah berkecai.
Arca biru berkilat itu, salah satu karya seni terkenal Koons ‘Anjing belon’, dinilai pada harga AS$42,000.
Kejadian itu berlaku semasa previu VIP di Art Wynwood di Miami, dan beberapa pengumpul seni sangka aksi tersebut adalah salah satu pertunjukan seni.
Arca itu terletak sendirian di kaki akrilik dengan nama keluarga Koon.
“Saya ternampak wanita itu berada di sana, dia sedang mengetuk-ngetuk arca, dan seterusnya arca itu terjatuh dan pecah berkecai,” beritahu artis Stephen Gamson kepada Fox News di Miami.
Gamson memberitahu wartawan dia sangka wanita itu mengetuk-ngetuk seni karya itu untuk melihat sama ada ia adalah belon betul.
Benedicte Caluch, penasihat seni di Bel-Air Fine Art, yang menaja karya Koons, memberitahu Miami Herald wanita itu tidak bermaksud memecah karya itu dan insurans akan membayar kerosakan arca tersebut. – AFP