LEICESTER, 30 DIS – Juara bertahan City bertandang ke Stadium King Power bertemu Leicester City dengan penuh keyakinan selepas menang 2-0 setelah persembahan merosot sejak akhir Oktober.
Meskipun menang, kelemahan mereka sejak dua bulan lalu yang mengakibatkan sembilan kekalahan dalam 13 perlawanan sebelum ini, dipamerkan semula.
Tetapi jaringan separuh masa pertama Savinho dan tandukan Erling Haaland selepas rehat memperoleh tiga mata yang amat mereka perlukan.
Usaha City untuk kejuaraan kelima berturut-turut nampaknya akan berakhir kerana ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan.
Tetapi keputusan itu melonjakkan mereka ke tangga kelima dalam jadual dan mengekori Chelsea di tempat keempat.
“Ia tidak menyeronokkan buat masa ini, ia hanya melegakan. Kami telah melakukan perkara yang luar biasa selama bertahun-tahun,” kata bos City, Pep Guardiola.
“Mood kami berada dalam kedudukan yang lebih baik. Ia padat pada separuh masa kedua, mereka lebih baik.
“Kami tidak mempunyai tenaga untuk mengekalkan 90 minit. Semoga tahun baharu dapat membantu kami bangkit semula,” ujar Guardiola.
Sementara Leicester pula kekal berada dalam kelompok tiga terbawah selepas tewas empat perlawanan terakhir di bawah pengurus baharu Ruud van Nistelrooy. – AFP