MEDIA Rusia baru-baru ini melaporkan sebuah kes pelik di mana seorang pencuri baru-baru ini telah memecah masuk sebuah bangunan pejabat di bandar raya Orenburg dan kemudian tertidur di kerusi pejabat.
Kes pencurian itu berlaku pada 20 November lalu apabila seorang lelaki berusia 36 tahun telah menceroboh masuk sebuah pejabat persendirian di Jalan Sharlykskoye, Orenburg, dengan memasuki melalui tingkap kecil di tingkat tiga bangunan tersebut. Dia kemudian menggunakan pelbagai peralatan seperti pemutar skru, pemotong wayar, tukul, penarik paku dan beberapa kunci, untuk memecah masuk ke beberapa buah pejabat syarikat persendirian, mencari barang-barang berharga.
Dia sebenarnya berjaya mendapatkan 140,000 rubel (AS$2,100) dalam bentuk wang tunai, namun dengan tidak mahu tergesa-gesa untuk keluar daripada bangunan itu, sebelum dia akhirnya tertangkap, dia cuba untuk berehat sebentar dan duduk di kerusi kulit yang ada di sana. Dan dari sana, anggota polis mendapatinya yang dia sedang tidur, beberapa jam kemudian.
Menurut agensi berita Rusia RIA, penceroboh itu mula-mula dilihat tertidur di salah sebuah pejabat yang mana dapat dikesan oleh pengawal keselamatan semasa memeriksanya dari kamera penagawasan. Kemudian, pengawal tersebut menghubungi Rosguard (Pengawal Kebangsaan Rusia) yang segera menghantar pasukan intervensi. Ianya tidak jelas berapa lama Rosguard berjaya berada di tempat kejadian, namun mereka tidaklah dalam keadaan tergesa-gesa, di mana apabila mereka sampai di tempat lokasi kejadian, pencuri itu masih dalam keadaan tidur di kerusi kulit itu, bersebelahan dengan kantung yang berisi wang.
Lelaki berusia 36 tahun itu kemudian digari dan ditempatkan dalam tahanan polis. Dia kini menghadapi masa penjara yang serius, apabila diperiksa latar belakang dan masa lalunya, dia sudah mempunyai beberapa pertuduhan kesalahan dan merupakan suspek yang dicari-cari oleh pihak persekutuan. – Agensi
