Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tidur terganggu bunyi ekzos bising waktu malam

    Saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati saya selaku penduduk di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Meragang mengenai masalah pencemaran bunyi yang semakin serius.

    Masalah bunyi ekzos bising di sekitar perumahan kami ini bukan saja menganggu waktu santai dan rehat saya pada waktu malam, bahkan pemilik-pemilik kereta atau motosikal berkenaan langsung tidak ada rasa hormat dan tanggungjawab sebagai pengguna bersama di jalan raya.

    Pemilik-pemilik kereta ala sport yang memakai ekzos membingitkan itu sering membuat bising di sekitar kawasan perumahan hingga di kawasan Lebuh Raya Muara pada waktu malam.

    Bunyi-bunyi kereta yang kuat dan laju seperti sedang berlumba-lumba ini juga dikhuatiri memberi kesan jangka panjang terhadap pendengaran dan kesihatan mental penduduk sekitar kampung.

    Selain itu, pencemaran bunyi daripada ekzos ini juga boleh dianggap mengganggu ketenteraman awam.

    Gambar Freepik

    Hakikatnya masalah itu membuatkan saya berasa cukup tertekan dengan kebisingan tersebut.

    Tidur kami juga terganggu dengan bunyi-bunyi daripada ekzos kereta atau motosikal yang memekakkan, seolah-olah tiada kepekaan terhadap kanak-kanak, orang tua yang hendak berehat dan juga mereka yang hendak bekerja keesokan harinya.

    Saya turut bimbang dengan kemungkinan kemalangan yang boleh berlaku akibat kelajuan dan kecuaian pemandu kereta-kereta tersebut yang tidak mustahil membabitkan nyawa orang lain.

    Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas untuk menyelesaikan masalah pencemaran bunyi ini sebelum ia menjadi lebih teruk.

    Saya mencadangkan agar pihak berkuasa memantau dan menjalankan siasatan atau memasang CCTV di Lebuh Raya Muara untuk mengesan dan mengawal pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

    Diharap, pihak yang relevan dapat mengenakan tindakan yang sewajarnya bagi pemilik kenderaan atau motor yang mengubah suai ekzos kenderaan masing-masing dengan mengenakan saman atau disita agar individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu serik dan mempunyai kesedaran terhadap bunyi bising yang dilakukan oleh mereka.

    Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan berkesan.

    Tidur tak lena

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Hari Keluarga PBMP promosi budaya kesejahteraan

    Jurutera rugi RM247,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

    Komited promosi perdagangan adil, mampan

    Berita Berkaitan

    Kebersihan tandas masjid perlu diutamakan

    Setiap kali saya ke masjid untuk solat berjemaah, hati...

    Kekurangan pengangkutan awam sulitkan pelancong

    Bulan lalu, ketika saya melalui jalan Gadong, saya ternampak...

    Mukbang dan realiti dunia

    Malam semalam, saya ada menonton video mukbang, dan pada...

    Masalah keluarga bukan untuk perhatian umum

    Semakin ramai pengguna media sosial yang menggunakan platform tersebut...

    Terkini

    Hari Keluarga PBMP promosi budaya kesejahteraan

    Oleh Sim Y. H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV...

    Jurutera rugi RM247,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

    SIBU, 21 NOV - Seorang jurutera lelaki berusia dalam...

    Komited promosi perdagangan adil, mampan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Rampasan dadah cecah lebih RM459j dalam 10 bulan – Kastam

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Jabatan Kastam Diraja Malaysia...