Friday, February 28, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga agensi berita beri amaran terhadap sekatan media di Rumah Putih

    ISTANBUL, 27 FEB – Tiga agensi berita antarabangsa terkemuka Reuters, The Associated Press dan Bloomberg News, mengeluarkan kenyataan bersama semalam, memberi amaran bahawa sebarang usaha mengehadkan perkhidmatan berita yang mempunyai akses ke Rumah Putih boleh menjejaskan prinsip kebebasan media dan kewartawanan bebas, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    “Dalam demokrasi, adalah penting bagi orang awam untuk mendapat akses kepada berita mengenai kerajaan mereka melalui media yang bebas dan tidak berpihak.”

    “Kami percaya bahawa sebarang langkah kerajaan untuk mengehadkan bilangan perkhidmatan berita yang mempunyai akses kepada Presiden boleh mengancam prinsip itu,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu turut menekankan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan berita dalam menyediakan maklumat yang “tepat, adil dan terkini” kepada audiens global, termasuk organisasi berita tempatan, perniagaan dan pasaran kewangan.

    Amaran itu dikeluarkan susulan pengumuman Rumah Putih pada Selasa bahawa ia akan megawal penggiliran wartawan yang membuat liputan acara presiden peranan yang sebelum ini dikendalikan oleh Persatuan Wartawan Rumah Putih (WHCA).

    Presiden WHCA, Eugene Daniels mengkritik langkah itu dengan menyifatkannya sebagai “merosakkan kebebasan media” dan membolehkan kerajaan memilih kumpulan media tertentu. – Bernama

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda