Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga ahli politik India ditembak mati

    SRINAGAR, 30 OKT – Pemberontak pemisah semalam menembak mati tiga anggota parti nasionalis pemerintah India yang telah kehilangan sembilan pegawai dalam serangan di Kashmir dalam beberapa bulan ini, kata polis.

    Penyerang melepaskan tembakan pada sebuah kereta yang digunakan oleh tiga ahli politik Parti Bharatiya Janata di selatan Lembah Kashmir. Tidak ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab tetapi polis menyifatkannya sebagai satu ‘jenayah keganasan.’

    Kumpulan pemberontak telah mempertingkat serangan ke atas pengikut Perdana Menteri Narendra Modi sejak kerajaan membatalkan sistem separa autonomi di Kashmir pada Ogos 2019 di tengah tindakan keras keselamatan di mana internet diputuskan selama beberapa bulan.

    Beberapa siri tembakan di wilayah – yang juga didakwa dilakukan oleh Pakistan – pada Julai dan Ogos membunuh enam ahli politik BJP.

    Panik membelenggu pegawai parti BJP selepas kejadian dan sekurang-kurangnya 16 anggota BJP melucutkan keahlian parti mereka.

    Serangan semalam berlaku dua hari selepas New Delhi memperkenalkan undang-undang baharu yang pada kali pertamanya bermakna mana-mana rakyat India boleh membeli tanah di Kashmir yang dikawal India. Ia dilarang sebelum pindaan perlembagaan pada tahun lalu. – AFP

    Saudara-mara menenangkan adik Fida Hussain, pemimpin Parti Bharatiya Janata semasa pengebumiannya di Qazigund, selatan Srinagar, Kashmir kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda